Alhamdulillah rezeki dapat tulang dan daging kambing qurban. Daging qurban ni rasanya lainkan; lebih sedap sebab daging segar. Sementelah ianya disembelih sebagai tanda kesyukuran dan ketaatan kepada Allah pasti ada keistimewaannya.
Sebelum tu dah save resepi Sup Daging Khairul Aming. Jadi, Ummi guna je resepinya untuk sup kambing ni, dengan sedikit olahan seperti biasa :) Takde olah apa sangat pun, cuma Ummi rebus dulu kambing tu dan tambah carrots dan kentang dalam sup. Tu je ...
Sumber: Siakap Keli
Kredit: Khairul Aming
Bahan-Bahan:
Daging/tulang kambing - bersihkan dan rebus dalam pressure cooker (Phillips PC guna function meat/poultry)
Bahan Hirisan:
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Daun sup
Daun bawang - Ummi tambah
Cili padi
2-3 biji kentang
1 batang carrot
Bahan-Bahan Lain:
2 paket rempah sup tulang - rempah 4 sekawan yang disertakan dalam paket rempah sup tulang
Serbuk perasa
Garam
Sedikit gula
Bahan Bawang Goreng:
2-3 biji bawang merah - dihiris
Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis satu biji bawang merah, empat ulas bawang putih dan dua paket rempah sup tulang.
2. Masukkan daging/tulang kambing yang dan tambahkan air. Kemudian masukkan halia sebesar ibu jari, dua sup bunjut (dalam paket tadi) dan garam serta sedikit gula. Selepas itu, rebus sup tersebut selama satu jam setengah hingga ke dua jam untuk pastikan tulang rusuk itu empuk.
# Memandangkan tulang/daging kambing telah direbus empuk, Ummi masukkan dulu kentang dan carrots. Bila keduanya dah empuk baru Ummi masukkan daging dan tulang kambing.
3. Apabila sup itu menjadi kering, tambahkan sedikit air dan laraskan bahan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa mengikut kemahuan sendiri.
Bawang Goreng:
1. Panaskan minyak dan goreng 2-3 biji bawang merah yang telah dihiris. Goreng bawang tersebut sehingga ia garing dan selepas itu tapiskan.
Cara Hidangan:
1. Ambil bawang goreng tadi dan taburkan ke dalam sup tulang yang dimasak tadi diikuti dengan daun sup/daun bawang dan cili padi.
2. Perahkan limau nipis supaya sup tersebut mempunyai rasa masam² sikit.
3. Gaulkan kesemuanya supaya sup seimbang segala rasanya sebelum dimakan bersama nasi, roti atau dimakan begitu saja.
Roti Naan jenama Mission beli di Village Grocer Melawati Mall tempohari.
Resepi KA memang senang untuk dicuba dan selalunya memang menjadi. Bukan setakat menjadi, tapi hasilnya sangat sedap, alhamdulillah.
Selamat mencuba 🤗
meriah nampak sup tu.. nikmatnya Allahuakbar.
ReplyDeleteAlhamdulillah... daging fresh mmg sedap rasanya
ReplyDeleteNampak menyelerakan sup kambingnya tu, PH. Makan pulak dengan roti naan. Nanti bila2 boleh cuba la resepi KA ni, kalau PH kata sedap, tentu sedap, tengok gambar pun tahu sedap.
ReplyDeletedapnya sup..makan plak panas...subhanallah..nikmat
ReplyDeletedulu masa study kat uitm, suka sgt sup kambing.. nowadays, dah kureng dah
sedap.. kak ana tak berapa makan kambing ni, tapi kalau ikut resepi KA memang sedap laa kan :)
ReplyDeleteSedapnyer sup kambing.
ReplyDeleteTahun ni kami tak merasa lagi makan sup tulang..kena buat jugak nanti ni...nampak seap tu PH
ReplyDeleteRancak bahan² pun .
ReplyDelete