Sunday, 9 July 2023

Hujung Minggu 7&8/7

Sabtu

Lepas breakfast di Restoran Elianie balik rumah, ingat nak terus masak untuk lunch. Tapi Cik Aiman Tukang Rumah nak datang pasang jaring antara dinding dan atap. Ada kejadian Abg Mus (baca: musang tak berjanggut) masuk ke bahagian belakang dapur tu. Sekali tu ada telur ayam yang ditinggalkan atas meja belakang kena ngap. Bimbangnya hati Ummi. Kalau betul Abg Mus takpe, kita sergah dia lari. Kalau 🪱 macamana? Dah la banyak kes sekarang ni kan... 

Adik melayan Donut & his siblings. Kucing⁵ Cik Leha ni... Tengok status WA, tuannya pergi makan ikan patin di Temerloh. Patutlah bebudak bulus sakan main kat luar rumah :D 

Selesai kerja Cik Aiman, baru Ummi masuk dapur. Masak Kari Ikan Gruk-Gruk. Sebab Walid ada, kita masaklah lauk kegemarannya; kari.

Bendi takde, tomato takde, letak cili merah dan cili hijau je sebagai penyeri :D 

Lepas lunch Walid keluar ambil kereta dengan Angah, naik Grab. Malas Ummi nak hantarkan sebab Sabtu jem giler dekat Sri Gombak ni. Ahad boleh tahan lagi... Lepas ambil kereta, depa pi jual barangan kitar semula di RISE@KL. Dapat la RM3.60. Bukan harapkan duitnya, tapi lebih kepada sumbangan kecil kami untuk kelestarian bumi.

Kemudian ke sekolah Abang pula...

Bawa buah-buahan dan pulut kuning dan kari daging Aunty Farah bagi tempohari. Apa yang kami makan di rumah, seboleh mungkin nak bagi Abang rasa juga. Very the mak-mak kan 😅

Malamnya Walid keluar jumpa kawan pula. Member nak pass souvenir dari Sabah.

Selain T-shirt, ada juga udang geragau kering. Buat sambal kering macam Tok Umi pos hari tu sedap juga ni. Ikutkan terkejut tengok harga tu, tapi berdasarkan pengalaman Walid beberapa kali ke Negeri di Bawah Bayu, harganya boleh ditawar lagi. Dulu, boleh dapat dalam <RM30 selepas tawar menawar. Dulu la ... 

Ahad

Hari ni lemau!
Hujan lepas Subuh, apalagi pakat tarik selimut la kan... Ummi dah siap goreng bihun cili padi sebab sepatutnya nak bawa Kakak ke Taman Layang-Layang. Cg M ajak team Bola Jaring jogging pagi ni. 

Dekat pukul 10 baru bersarapan...

Bihun Goreng Cili Padi
~ kisar bawang merah + bawang putih + cili padi + ikan bilis. (Ummi guna chopper sebab nak teksturnya kasar-kasar sikit) 
~ panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau 
~ masukkan 1-2 sudu cili kisar, sos tiram dan kicap sikit. Tumis lagi hingga naik minyak
~ masukkan udang dan sayur. Tumis sekejap kemudian masukkan bihun. Gaul sebati, perasakan secukupnya dan goreng hingga masak. Tutup api. Siap! 

½ biji nenas MD2 tu Ummi buat pajeri. ½ lagi makan mentah bersama Abang semalam 👆

Walaupun lunch pukul 3 lebih, tetap juga nak minum petang :p Goreng pisang dekat padang ni sedap. Ada sambal kicap lagi 😋

Itulah cerita hujung minggu kami. Aktiviti paling popular semestinya memasak dan 'memakan' :D 



10 comments:

  1. Abg Mus @ 🐍 tu yg sy takutkan juga tu bila bunyi bising² atas siling rumah. Pandai pula dia pilih timing, selalu berbunyi time husband takde kat rumah. Seram sejuk dah kita ni..

    Pajeri nenas...sedapnyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun selalu dengar bunyi melompat² atas bumbung...kadang tu sergah atau ketuk² pintu bagi bunyi bising senyap la dia. Yg akak takut 🪱huhu

      Delete
  2. sedapnya menu2 nya....pajeri nenas tu..emmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaling menjadi pajeri nenas kita kali ni MA : D Kita sendiri kecur tengok hahaha....

      Delete
  3. lapar pulak tgk gambar² mknn... hehehe

    ReplyDelete
  4. belah mana kedai tu Ina? laksamana sebelah sg tua ni je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne nak bgtau ye... Kalau dari Sg tTua tu ambik kiri Simpang bertentangan dgn rumah penghulu tu, macam nak short cut ke Gombak Permai/Pinggiran. Then nampak kedai letrik & masjid kecik...kat situ² la

      Delete
  5. sedapnya pajeri nenas...makan ngan nasi panas, goreng ikan masin...walla!!

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya ,,7/7 tu dalam kepala saya nak ajak PH ke Masjid Wilayah..tapi segan 🙈

    ReplyDelete