Dinner malam tadi Ummi masak pulut kuning dan kari ayam. Dah banyak kali Ummi buat pulut kuning jadi tiada sukatan atau resepi khusus. Dah achieve level agak² :p
But, for the sake of my children, esp Abang yang suka memasak tu, here are the steps of making pulut kuning;
~ Basuh beras pulut (jangan lupa selawat)
~ Rendam bersama serbuk kunyit dan asam keping +-2 jam sebelum dimasak
~ Ambil periuk kukus, alas dengan daun pisang/daun pandan
~Toskan pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk kukus. Tutup periuk kukus dan kukus hingga keluar wap dari penutup dan pulut melekit
~ Angkat periuk kukus, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk/besen besar.
~ Bancuh santan bersama garam dan gula secukup rasa dan tuang ke dalam mangkuk/besen berisi pulut tadi. Gaul sebati semuanya dan masukkan semula ke dalam periuk kukus. Kukus lagi hingga pulut masak. Tutup api. Siap!
Masaknya sebelah siang lagi, barulah 'mesra' segala rasa kari dan kenyal pulutnya bila nak dimakan di waktu malam.
Ummi kalau buat kari ayam atau daging wajib letak kentang. Tambah² bila nak makan dengan pulut. Nanti lenyek² kentang tu gaul dengan pulut, perghh...
Ummi simpan satu bekas untuk cinta hati di asrama ☺️ Sekarang Ummi amalkan simpan makanan frozen. Dulu² selagi tak habis, perangat. Tak habis, perangat selagi boleh. Sekarang ni kalau masak lebih memang Ummi simpan dalam freezer. Dan sangat membantu bila sentiasa ada stok makanan siap dimasak ni untuk kes² kecemasan. Contohnya bila ada gangguan bekalan air, selongkarlah freezer. Satu lagi, kalau tak sempat masak ke, penat ke balik dari mana² Ummi panaskan je la lauk sedia ada ni. Alhamdulillah it works well for us.
Wahhh.. sy pun tengah berangan2 nak buat pulut kuning ni, PH. Rendang raya ada lagi, nak makan dgn pulut. Tapi, sy masih kena tengok resepi, hehehe. Ya, skrg makanan tak habis, masuk freezer jer, jangan lupa label.
ReplyDeleteSekali lagi, fikiran kita berjodoh haha...
DeleteYe, label kena ada 👍
kita pulut la x reti nak masak sampai sekarnag..fail aje aaa
ReplyDeleteTakpe, pelan² belajar 🤗
DeleteJeles dengan orang yang boleh makan pulut ni...SA x leh makan...asal makan je berangin sampai semput
ReplyDeleteAllah, kesiannya SA :(
DeletePH alhamdulillah setakat ni semua makanan boleh makan, takde pantang².
Saya tak pernah masak pulut. Takut tak jadi dan membazir.
ReplyDeleteKena cuba baru tahu puan :)
DeleteTry sikit dulu...
Bagusnya anakanda PH suka memasak 👍🏽
ReplyDeleteSaya selalu jugak amalkan masak lebih, lepas tu frozen-kan. Sebab ahli rumah cuma berdua, tak berbaloi masak sikit sangat. Jadi masak banyak terus, tapi boleh makan berkali-kali.
Alhamdulillah Abang rajin ke dapur. Tapi more into dessert yg dia tgk di TikTok hihi ...
DeleteBetul tu puan... jimat masa, tenaga & resources buat gitu 👍
Sedap . Lama tak merasa pulut kuning bersama gulai ayam ni
ReplyDeleteSesekali layan tekak Cik CL :)
DeleteTerima kasih singgah sini 💐
samalah kari ayam, daging, kambing, sardin semua ammi masukkan kentang... sapa yg hero ntahlah..the meat or kentang ntah.
ReplyDeletefavourite anak saya ni..
ReplyDelete