Tuesday, 14 June 2022

Buffet Lunch @ Ramly Bistro

Akhirnya, hajat nak cuba buffet lunch di Ramly Bistro tertunai.

Sebelum hantar Abang balik ke asrama Ahad kelmarin (12/6), kami makan tengahari di sini. Sampai sekitar jam 1.30, reserved table dulu kemudian bagitau staff situ nak solat Zohor sekejap di Masjid Saidina Hamzah tu. 

Syukurlah kami buat reservation awal, sebab buffet lunch ni hanya setakat jam 2.00 ptg, w/pun di banner katanya hingga jam 3.00 ptg. Kiranya kami sekeluarga last group yang dapat  makan buffet ni, hari ni. Selepas pukul 2, buffet dibuka untuk staff. Nampaklah staff yang habis shift (agaknya) ambil makanan di buffet table tu. Yang baru sampai pula ambil giliran tugasan masing-masing. 

Menu sama je masa berbuka di sini Ramadhan lepas. Ada buah oren dan sejenis minuman sejuk dan air kosong. 

Dessert tak disediakan dalam pakej buffet jadi Ummi ordered aiskrim Vanilla  Bandung & Jagung. Harga setiap satu RM5.  

Dari segi rasa, layanan dan keselesaan memang terbaiklah bagi Ummi. Kalau ada sajian lauk-pauk kampung lagi wow pada Ummi :) Apapun alhamdulillah tercapai hajat berkongsi rezeki dengan suami dan anak4. 

Puashati kalau bawa Abang keluar makan. Semua dia makan :D 

Dah kenyang tu, jom Ummi hantaq balik asrama hehe ..


See you again Abang 😘


13 comments:

  1. Alhamdulillah. Itulah buffet ini untung kalau kuat makan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Sebab tu tunggu Abang ada dulu baru bawa makan buffet ni :)

      Delete
  2. Replies
    1. Wak nak datang Gombak, roger :) Sy bawa ke sini hehe...

      Delete
  3. Kalau pergi buffet bawak orang yg kuat makan berbaloi rasanya hehe. aiskrim tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Kalau sampai sini, kena ingat, dah dekat sangat dengan rumah juju tau. Juju pun suka ke sini sesekali. Nikmat tgk makanan tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senanglah Juju nak ke sini kan...
      PH suka suasana di sini w/pun a bit crowded sometimes tapi food sedap & affordable. Staff pun baik belaka.

      Delete
  5. Replies
    1. Betul Syaz, suka tengok dia senyum lebar gitu. Jumpa makanan khennn haha

      Delete
  6. sama la teringin gak nak makan buffet kat situ tp memanjang penuh je hahahah

    ReplyDelete
  7. Ammi kalau makan luar puas hati bawah Khilfi...semua dia ok kecuali tauhu je dia kurang sikit

    ReplyDelete