Cik Leha bagi seikat pucuk pegaga pula kali ni. Hari tu pucuk paku. Tak termakan dia seorang, sementelah penjual pun jual 3-4 ikat dengan harga RM5. Bila dah petang tu kadang sampai 5 ikat dibaginya dengan harga tersebut.
Ummi buat kerabu pucuk pegaga ni. Tambah sikit pucuk selom yang Ummi tanam depan rumah. Kerabu ni simple sangat. Potong-potong hiris-hiris, gaul, siap! Ikan bilis pula Ummi masukkan dalam air fryer je. 180°C, 15-20 minit.
Sumber: Nora Arashi
Bahan-bahan
Pucuk pegaga
Pucuk selom
Bawang besar
Cili api
#semua bahan di atas dihiris halus
Ikan bilis - goreng garing dan tumbuk
Jus limau nipis/kasturi
Garam, gula jika perlu - rasa dulu, jika ikan bilis sudah cukup masin tak perlu letak garam lagi
Cara-cara
1. Satukan semua bahan hiris dalam bekas yang sesuai
2. Masukkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk (nak tumbuk kasar @ halus terpulang)
3. Masukkan jus limau nipis/kasturi
4. Gaul sebati semuanya. Siap!
Sebenarnya hari ni baru ada masa on laptop, dapatlah ziarah kawan-kawan maya. Angah dan Kakak ke sekolah minggu ni. Depa Team B. Cikgu ambilkira hubungan adik-beradik untuk tentukan giliran hadir ke sekolah. Biar senang urusan transport dan memudahkan ibu bapa juga.
Selain tu, Si King masuk wad lagi, since Sabtu. Jadi untuk 2 hari pertama minggu ni guna Queen untuk hantar anak3 ke sekolah dan juga Walid ke tempat kerja. Alhamdulillah semalam dah keluar wad, dengan bil hampir 1.5k :( Doakan ada rezeki kami beli kereta baru 🤗 Angannya nak kereta setaraf kereta baru pak menteri :p
Hari ni back to normal routine, alhamdulillah. Itupun banyak juga kerja rumah yang masih tertangguh antaranya nak kemas 'sarang' (baca: bilik) hero-hero tu. Adalah barang-barang Abang yang Ummi nak kemas dan mungkin juga tukar susun atur bilik semula. Tengoklah mood Ummi :)
Jangan lupa cuba ye resepi kat atas tu 👆
nampak gaya macam sedap tu.. gaul-gaul dengan nasi macam nasi kerabu... mantapp
ReplyDeleteMakan dengan nasi panas lagi ummph :)
DeleteTq singgah...
Tinggi harga betulkan kereta. Semoga murah rezeki PH sekeluarga untuk ganti kereta baru. Amin.
ReplyDeleteKagum PH tenang sahaja hadapi masalah. Hehe kalau saya sudah pengsan.
Aamin atas doanya NA.
DeleteKalau asyik repair je, fenin juga :(
Aduh, yang nampak senang ni la kita tak reti (baca : rajin) nak buat.. adeh!
ReplyDeleteTak dapek den nak nolong haha
DeleteTerus terliur tengok kerabu daun pegaga ikan bilis, Puan Hazel. Menggoda selera betul!
ReplyDeleteCubalah Farrah, senang jer. Sihat pun iye.
DeleteKereta ni kalau dah rosak memag akana berkait - kait..pening fikir
ReplyDeleteBetul sangat SA :(
DeleteNampak sedap kerabu pegaga tu
ReplyDeleteAlhamdulillah Wak :)
DeleteTerliur pulak tengok...
ReplyDeleteMeratah pun sedap ni...
Semoga king cepat sembuhðŸ¤
Naya queen kena lanyak...🤣
Haha... bila King x sihat, Queenlah jadi penggantinya huhu
DeleteSedap ni kerabu campuran ulam ulaman. Level king, belanjanya King juga. huhu...
ReplyDelete