1 Rabiul Akhir (6/11) tempohari Ummi buat pulut ayam bakar sempena Kakak khatam Al Quran kali pertama. Dia khatam Quran 2-3 hari lepas birthday-nya yang ke-8.
Tak plan pun, tiba-tiba je dapat idea. Teringat dulu arwah Tok hantar pulut dan pisang ke rumah arwah Wan Lang sebagai tanda syukur Ummi khatam Quran. Pulut tu kami makan beramai-ramai dengan geng mengaji.
Cepat Cik Leha balas ☺️ Kawan-kawan sekampung dia datang ziarah, rezeki budak-budak ni la bila hantar pulut Cik Leha bagi pizza, alhamdulillah.
Kebetulan, 1 R.Akhir juga cukup setahun pemergiaan Tok ke negeri abadi, ikut kalendar hijri. Ummi niat sedekah sekali.
Sekejap je masa berlalu :( Perkara yang Ummi nak buat sangat ialah peluk Tok. Rindu sangat-sangat 😠Walaupun redha tapi rindu tu tak pernah hilang, tak akan hilang pun :( Sedangkan arwah Tok Wan yang dah 20 tahun tiada masih tersimpan rindu di sudut hati, inikan pula Tok yang baru setahun pergi.
Tahniah kakak & happy belated birthday, semoga kakak akan menjadi anak solehah yg akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.
ReplyDeleteDan Al-Fatihah buat Tok
Aamin, tq acik :)
DeleteTahniah. Terang hati untuk 8 tahun sudah khatam.
ReplyDeleteAl-Fatihah pada mereka yang telah pergi.
Alhamdulillah.
DeleteTahniah kakak..Moga menjadi anak solah dan diberkati selalu
ReplyDeleteAamin, tq MC :)
Deletewah tahniah kakak!!
ReplyDeleteTq Ako :)
Deletealhamduillah kakak.. ;p
ReplyDeleteTq paman :)
DeleteALhamdulillah... tahniah kakak
ReplyDeleteTq Kakmim.
Deleteal-fatihah buat tok akak...
ReplyDeleteTq Ciksun :)
DeleteWOW! Umr 8 tahun ya khatam quran. Hebatnya. Hopefully anak-anak saya pun dapat khatam Quran umur 8 tahun nanti. InshaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat khatam awal. Tahniah kakak.
ReplyDelete