Alang-alang dah melawat melawat Zoo Melaka, kita terus buka cerita makan ikan bakar pulak ye :p Tapi, ini cerita bulan 1 hari tu, semasa kami ke Melaka kerana Abang ada ujian kemasukan ke MRSM di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin.
Kali ni kami pilih untuk mencuba keenakan ikan bakar Melaka style di Sg Duyung pula. Dari review yang diberi khabarnya tempat ni menarik. Kami sudah ke Umbai, Alai, Anjung Batu dan Serkam.
Memang meriah (dan sesak) tempat ni... Rasa menyesal sebab datang pun ye, ramai sangat orang walaupun kami sampai sebelum Maghrib. Memang plan pergi awal to avoid crowd. Nampaknya semua orang plan benda yang sama. Mungkin faktor sesak ni yang buat Ummi bagi rating rendah untuk tempat ni. Bila dah ramai orang, waktu menunggu lebih lama, bertambah sesak dan kita pun jadi tak selesa.
Maybe sebab SOP, kita tak boleh pilih udang, sotong sendiri. Bagitau nak berapa ekor/kilo then tauke saukkan masuk dalam penimbang. Pastu, seleksi ikan pun besar-besar sangat. Cancel plan Ummi nak order siakap. Kalau keluarga besar OK-lah saiz sebegini. Jadi Ummi ambil ikan cencaru 3 ekor. Kecik je saiznya.
Walid dah pesan sotong tu masak telur masin. Tapi depa hanya masak goreng tepung malam tu. Frust lagi.
Alhamdulillah kenyang tapi kurang berpuashati. Harganya pun mahal pada Ummi. Kalau mahal tapi berbaloi takpe tapi ni macam over-priced :( Bila Ummi sembang dengan Yang, kata dia "kat sini memang mahal sikit..." Ooo...
Selain ikan bakar & geng-nya ada juga menu lain macam cendol, rojak, waffles... Konsep gerai... Ada tuan masing-masing, bayar pun asing-asing.
Tapi, yang Ummi paling frust tempat ni tak seperti yang kami bayangkan. Ke kami salah tempat? Sebab bila baca review mostly kata makan ikan bakar di muara Sg Duyung ni best. Sebenarnya ada satu restoran bersebelahan kedai ni tapi sebab nampak macam cantik tempatnya tak berani pulak nak masuk. Datang pula tengah-tengah bulan, faham sajalah 😅
Rindu nak jalan-jalan kan?
Tempat sudah betul. Hehe mungkin datang salah hari, tukang masak terganggu jiwa.
ReplyDeleteSekali je pergi muara ni.. Selalu mmg lepak umbai atau serkam je..
ReplyDeleteSy pernah ke sini 2 atau 3 kali.. memang sesak dan mahal, hehehe.. serik!
ReplyDeletePernah makan di sini, pada saya harganya memang agak mahal berbanding kualiti masakan. Terus terang kata, first and last.
ReplyDeleteRindu nak jalan-jalan.Padahal masa belum PKP bukan lah jalan ke mana sangat pun..hihihi..
ReplyDeleteTempat tumpuan pelancong permintaan tinggi,harga pun tinggi..Waffle ice cream tu saya selalu makan kat Alamanda pada tekak saya sedap.
Tengok gambar makanan tu biarpun tak sedap pun nampak macam sedap. huhu..
ReplyDelete