Wednesday, 18 December 2019

Tahniah Kak Sya ❤️



Kami dijemput ke majlis perkahwinan Kak Sya tapi tak dapat menghadirkan diri sebab wedding Kak Sya clashed dengan wedding Uda.

Sebagai pengganti diri, Ummi belikan hadiah untuk Kak Sya. 


Dah wrap cantik-cantik Ummi pergi hantar terus before balik kampung tempohari.


Bila balik ke sini, Kak Sya pula bagi Ummi hadiah berupa door gift yang fused untuk pihak lelaki. Cantik bekas mengkuang ni. Kesukaan Ummilah traditional items like this. Dalam bekas tu ada gubahan burung dan telurnya yang dibuat dari jeli (Sumi) So cute! Kata mak Kak Sya, depa masukkan juga bahulu ikan dalam bekas tu tapi sebab dah agak lama, depa keluarkan bahulu tu. Takut berkulat. Tak kisahlah, yang penting bekas tu :D

Cantik dan kreatif kan? 




Tahniah ye Kak Sya. Moga berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat. Jadilah isteri yang solehah, sentiasa membahagiakan suami agar dirimu sendiri beroleh bahagia 😘




6 comments:

  1. alhamdulillah unik sangat hadiah tu, pasti pengantin terharu ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah! memang cantik.
    Mrs.A pun berkenan hiks!
    Sekarang memang musim majlis kahwin kan...

    ReplyDelete