Monday, 16 December 2019

Restoran Tok Keramat, Jitra



Dah lama Ummi dengar tentang restoran yang jadi sebutan di kalangan warga Jitra ni. Katanya makanan di sini sedap, murah dan pelbagai hingga rambang mata nak memilih. Pernah sekali singgah tapau air sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL. Itupun Walid yang masuk ke kedai.


Jadi, Ummi amat teruja bila Tok Umi ajak kami semua bersarapan di sini pada pagi sebelum bertandang ke rumah Pak Uda.
Benar bagai dikata, restoran ni sangat meriah; dengan pelbagai jenis menu sarapan pagi dan tengahari! Lauk untuk tengahari pun dah ready seawal jam 8.30 pagi. Tak ketinggalan pelanggan yang memenuhi hampir segenap ruang restoran. Tapi jangan risau, restoran ni besar. Walaupun ramai pelanggan, tidaklah kita rasa sesak atau tidak selesa.






Terkejut Kakak... "Ummi, daging harimau boleh makan ke?" 😂😂😂



Roti puri... RM1.50 ja seketul...

Ummi dan Maklong ambil nasi putih. Tak boleh tahan ooi tengok ulam, sambal yang menggoda walau di pagi hari! Lagipun Tok Ayah kata lepas zohor baru ke rumah pengantin. Baik alas perut tebal-tebal haha...


Pilihan makanan bermula dari appetiser hinggalah ke dessert, semua ada.
Menurut cerita Maksu, tapak restoran ini milik datuk moyang pemilik kedai yang digelar Tok Keramat. Gelaran Tok Keramat ni dalam bahasa Kedah maksudnya seseorang yang dihormati didalam masyarakat kerana tinggi  ilmunya, waraknya dan kelebihan tertentu yang dimilikinya seperti mampu mengubati orang sakit dsbnya.

Ada surau. Sejuk telinga mendengar alunan ayat-ayat suci Al Quran yang dipasang.


Kawasan persekitaran yang bersih dan terjaga...


Kawasan parkir yang luas.

Alhamdulillah kenyang. Harga? Untuk makanan sahaja, dengan 9 dewasa, 3 remaja dan 8 kanak-kanak hanya +-RM80. Untuk minuman, kuih dan dessert bayar berasingan sewaktu kita order. Bagi Ummi sangat berbaloi sebab makanan sedap, service bagus, harga berpatutan... Alhamdulillah.

Restoran Tok Keramat 
Jalan Ilmu 
06000 Jitra 
Waktu operasi: 7.00 pg - 4.00 ptg setiap hari. 

11 comments:

  1. sedap mata memandang restoran ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dimata dan sedap ditekak juga Ammi :)

      Delete
  2. wah bestnya persekitaran restoran tu. saya yg dok di kedah pun belum sampai lagi ke situ, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu UN, kalau dekat tu lambat sikitlah nak sampai :)

      Delete
  3. Replies
    1. Semua ada mamapp... Just name it kata orang Kedah :p

      Delete
  4. uihh kak.. daging harimau hahaha..

    ReplyDelete
  5. Aduhhh dan dan pulak rasa nak menangis tengok menu sedap sedap ni....Ikan apa yang PH ambik tu Keli bakaq ka?? Faveret tu.
    Bilalah pulak nak pi Jitra ni eh

    ReplyDelete
  6. Wah! menariknya restoren ni macam dalam taman di hutan.
    Eh! Daging harimau menangis kat restoren patin limbong belakang office Mrs. A ni pun ada nama menu yang sama la...

    ReplyDelete
  7. Fuyyoo....bestnya restoran ni...meriah dgn lauk pauk...design pun cantik

    ReplyDelete