Thursday, 12 November 2026

Sarapan @ NDAT Lagi...

Hari kedua di Ganu.

Itinerary pertama untuk hari ni, sarapan di Nasi Dagang Atas Tol (NDAT). Ini kali kedua kami makan NDAT. Lepas makan kali pertama dulu, terus jatuh hati 😉

Kali ni ramai betul orang, kami sampai jam 8.30 pun meja hampir penuh. Dapatlah satu table. Itu pun terpaksa tambah kerusi sebab meja tu untuk 4 kerusi saja. Lebih kurang ½ jam juga beratur baru sampai turn kami. 

Beratur dalam hujan...
Mujur depa ada sediakan payung. 
Abang que line bungkus sebab nak beli untuk kawan-kawan di hostel. Walid Angah Kakak beratur line makan (dine in). Team Walid sampai kaunter dulu, staff kata boleh je order untuk bungkus sekali sebab kalau ikut turn Abang lambat lagi. Dia suruh duduk makan dulu, nanti depa siapkan order untuk bungkus tu. Konsepnya di sini layan diri.

Nasi minyak ayam goreng pilihan Walid.
Sedap kot makan nasi minyak kenduri semalam, hari ni pun repeat nasi minyak. 

Nasi dagang ikan aye pilihan Ummi dan Abang. Ambil juga telur rebus sorang sebiji dalam gulai tu.

Pilihan Angah dan adik-adiknya, nasi lemak ayam goreng. 

"Rezeki kita Ummi, ayam baru diangkat dari kuali"

Alhamdulillah bertambah sedaplah dapat ayam panas-panas lagi.

Minuman ambil serba dua, kongsi-kongsi minum je sebab Adik dan Angah prefer air kosong kalau makan. 

Green Tea Hulk ni ramai peminat dekat NDAT ni. Rata-rata setiap meja tu ada yang pesan air ni. Ummi pula suka teh ais depa tapi tak order kali ni. Tak berasa nak minum. Lagi pula hujan, prefer minuman panas ie teh tarik. 

Sudahlah hujan, dapat pula kopok lekor panas-panas gini nikmat sangat alhamdulillah. 

Kami order;
Nasi minyak ayam goreng x1
Nasi dagang ikan aye + telur rebus x2
Nasi Lemak ayam goreng x3
Nasi Dagang ayam goreng x4 (tapau)
Green tea Hulk x2
Milo x1
Teh tarik x2
# air kosong FOC

Harga keseluruhan untuk 10 pax (termasuk tapau) serta minuman. Berpatutan harganya; dengan portion yang mengenyangkan, sedap, staff yang friendly dan cekap, sistem pesanan makanan yang teratur dan laju serta suasana kedai pun bersih. 

Alhamdulillah. 


17 comments:

  1. Semoga saya ada rezeki ke Terengganu lepas ini dan makan kat NDAT. A-min

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah ada rezekinya tu Shai aamin 🤲🏻

      Delete
  2. wahhhh besar betul saiz ayam gorengnya tu
    rs mcm lg besar dan byk berbanding nasi
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang besar ayam tu. Tertutup nasinya hehe

      Delete
  3. Dah confirm saya nak makan di sini jugaaaaa saat ke KT ❤️❤️😍. Nak rasa nasi minyak, dan Lekor pastinya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib Fanny!
      Ada 2 @ 3 cawangan kamu recce dulu. Yang kakak makan ni di Gong Badak. Di tengah bandar KT juga ada.

      Delete
  4. Kalau ke KT memang tak lupa singgah sini

    ReplyDelete
  5. Actually Rin tk sempat ke sini masa pergi terengganu ritu 🥲

    ReplyDelete
  6. Terus rasa lapar tengok ni pepagi. Sedap pulak nampak ayam berempah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Cie. Boleh masuk list jjcm Ganu :)

      Delete
  7. tringat dlu time p ganu..ujan juga lps tu pjg beratur..husband ckp pi tmpt lain je la....nasibaik time outstation dpt merasa mkn NDAT...ujan2 dpt kopok lekor panas2 sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur merasa juga time outstation, kalau tak kena turun Ganu la lagi hehe

      Delete
  8. adoyai terliur la plak esp kepok lekor tuuu

    ReplyDelete