Monday, 16 November 2026

Nasi Minyak Lagi 😋

Nampaknya Walid pun dah berkenan dengan nasi minyak Ganu ni 😁 
3 hari berturut-turut sepanjang di Terengganu Walid makan nasi minyak. 
Hari pertama makan nasi minyak di kenduri anak Cg Hj Nordin di Kerteh.
Hari kedua makan nasi minyak di NDAT. 
Hari ketiga beli nasi minyak pulak untuk sarapan :D 

Nasi minyak lauk ayam masak merah, teh tarik + hujan dekat luar. Syahdu dan padu :D 

Setiap bungkusan nasi minyak disertakan dengan acar timun. 

Penuh meja dengan pelbagai hidangan.
Adik dan Angah tak nak nasi minyak , Walid beli juga nasi lemak. Itu yang ada sambal tumis tu. Kekenyangan semua alhamdulillah. 

Kek lapis yang beli di Mydin Mall. Sedap juga. 

Sebenarnya ada kejadian lucu pagi Isnin ni. Ummi bangun tidur sekitar jam 5 pg, jenguk ke ruang tamu tengok Abang dah siap mandi dan berpakaian lengkap nak ke kuliah. Kelas pukul 8 pg. Semangat betul nak ke kuliah :D 


Lepas solat Subuh tu teruslah panaskan bihun dinner malam tadi. Kenyang sampai ke malam makan celup tepung di Nizam Celup Tepung tu. Jadi bihun tu Ummi simpan dalam peti ais. Dapatlah Abang lapik perut dengan bihun dan kek lapis 👆🏻

Pukul 7.15 macam tu, keluarlah the boys 3 beranak ke kampus dan beli sarapan. Tup-tup patah balik dengan Abang sekali. Rupanya kelas pukul 8 tu cancel. Member tak check WA group 😂
Lecturer dah maklumkan pukul 6.30 pg tadi lagi. Hai la Abang.... 


Lepas sarapan pakat mandi dan bersiap.
Sebelum tu kemas homestay dulu. 
Nak check out dah today. 

25 comments:

  1. Kaler2 kek lapis tu... macam rumah pangsa!

    ReplyDelete
  2. Semangat tul abang nak pi kuliah. Kat sana pagi2 dah jual nasi minyak ye. Dah macam makanan ruji buat sarapan. Selalu jumpa nasi minyak orang kenduri kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Notie, nasi minyak dah ada pagi-pagi. Memang diorang sana sarapan nasi minyak, nasi dagang gitu. Nasi minyak kenduri biasa agak berempah. Yg versi Ganu ni rasa dia mild je, macam nasi rab. Kering tapi ada rasa manis² gitu hujung-hujung

      Delete
  3. Selagi ada chance, makan lah puas-puas nasi minyak tu, betul tak PH? 😅 Nasi lemak pon ada, kat mana² ya 👍

    ReplyDelete
  4. Hehe kalau saya pulun nasi dagang. Rasa setiap kedai bagaimana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My husband kurang minat nasi dagang sebenarnya. Bila jumpa nasi minyak itu yg dibeli tu sbb his favorite

      Delete
  5. Baru makan nasi minyak Ganu ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kitakan geng cuti-cuti Pantai Timur hehe

      Delete
  6. morning PH! terliur plak tgk nasi minyak tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, sedap MZ esp when we eat it dekat dia punya origin state kan

      Delete
  7. kekadang kan terasa teringin sangat nak makan nasi minyak kenduri. hahahaha

    ReplyDelete
  8. 3 hari berturut mkn nasi minyak ganu tu...dlu time kj kt area pavilion stipa ari Jumaat ada pasar tengah..ada org jual nasi minyak ganu sedap sgt lauk ayam masak merahnya..kerap juga la beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, pulun selagi ada di sana hehe... Sebab nasi minyak Ganu ni lain dari yg biasa dimakan kan

      Delete
  9. Saya selalu beli nasi minyak ayam masak merah kat pasar malam kg lindungan kat PJS 6 berhampiran Bandar Sunway

    ReplyDelete
  10. Semangat abang bangun awal nak gi kuliah ye. Mujur jugak kelas cancel boleh la spend time dgn family. Nasi minyak tu nampak menyelerakan betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Terjaga awal terus mandi dan bersiap :)

      Ye, sedap sis. Kena try hat ori Ganu

      Delete
  11. SA x makan pun nasi minyak Ganu hari tu...target nasi dagang je masa tu...nasib baik kelas cancel ye abang..macam tau2 je family dtg erk..at least boleh spend time ngan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang try dua-dua sebab dua-dua pun sedap dan ada keistimewaan masing-masing.

      Kelas pukul 8 je cancelled, kelas lain ada hehe

      Delete
  12. Nasi minyak Ganu, best kan? Recently I found Nasi Minyak Terengganu at Azlin Kitchen (Kelana Jaya) via Grabfood and my mum was so happy! She said the Kerutuk Daging is very good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah I should give it a try. If your mom approved then definitely it tastes good la 👍🏻

      Delete