Wednesday, 18 November 2026

Kiriman dari SA

Kisahnya SA texted Ummi Sabtu lepas. Nak bagi sambal belacan 😍
Allah, terharu tau!
Mungkin sebab Ummi ni selalu komen nampak sedap sambal belacannya bila SA up cerita masak-masak, itu yang SA tergerak hati nak bagi Ummi rasa. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak :D 

Ni gambar dari SA. 
Tengok gambar pun dah tak sabar nak rasa 😁

SA bagi juga sambal tempoyak daun kayu yang depa adik beradik bergotong royong masak tempohari. Ada SA up dekat blog itu hari. 

Sepatutnya Ummi dapat kiriman ni semalam (Selasa). Tapi Walid terlupa bawak balik πŸ˜…
Lepas jumpa SA terus simpan dalam peti ais ofis. Time balik lupa nak ambik huhu.... 
Ummi pula memang tak masak sayur la semalam sebab dok tunggu nak makan sambal tempoyak daun kayu tu. Pastu nak hiris timun la untuk regu sambal belacan tu. 


Alhamdulillah hari ni kiriman SA tu selamat diterima dan dinikmati dengan berseleranya. Alhamdulillah dua-dua elok je. Sambal tempoyak daun kayu tu SA frozen-kan. Duduk semalaman dlm peti ais slowly dia defrost, tapi elok je. Ummi panaskan dulu, memang sedaplah makan. 

Sedap sambal belacan SA ni πŸ‘πŸ»
Sambal tempoyak daun kayu tu pulak memang marvelous, rasa ori tempoyak daun kayu nogori. Kata SA tu resepi arwah bondanya, Mak Pah. Patutlah sedap, resepi ibu. 

Dek kerana sambal belacan ni jugalah Ummi terlintas nak kongsi buah sulong mangga telur dengan SA. Segan pula takde apa² untuk SA jadi Ummi kait setangkai untuk SA. Setangkai je dapat bagi sebab buah tak banyak (6-7 tangkai je). Cik Leha awal-awal dah booking setangkai dua nak buat colek 😁
Bik Yatie belum nampak kot buah tu, dia pun penggemar buah masam-masam ni. 

Orang memberi kita merasa
Orang berbudi, kita berbahasa.

Terima kasih banyak SA, I'm touched 😘

19 comments:

  1. Bestnya saling memberi dan merasa..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki bila berkawan dalam dunia blogging ni πŸ˜„ terliur pulak tengok sambal belacan dgn tempoyak daun kayu tu.

    ReplyDelete
  3. rezeki dr blogger..dpt la merasa air tgn SA...org memberi kita merasa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..happy bila PH puas hati..buah mangga pun sedap...x masam sangat, lemak2 gitu...

    ReplyDelete
  5. Best nya berdekatan boleh berkongsj rezeki geng blogger.

    ReplyDelete
  6. Terbayang² makan plak ngan nasi panas²...perghh mmg nikmat sungguh tu PH, confirm bertambah² ye hehe

    ReplyDelete
  7. Aduhaiii macam nak jadi jiran SA Dan PH je camni. πŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. Rezeki dapat merasa air tangan akak SA .. seronoknya .. lagi² tempoyak daun kayu tu ...

    ReplyDelete
  9. Air tangan SA tu.... mesti syedappppp

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, rezeki jangan di tolak.

    ReplyDelete
  11. walid jadi posmen.. hihihi..
    alhamdulillah, rezeki jangan ditolak

    ReplyDelete
  12. org memberi kita merasa...
    wahhh memang sedap sgt ni...
    kecurrr air liur sy
    hahaha

    ReplyDelete
  13. Memang kaaan, tiap kak SA foto sambal belacan dia, macam terasa sedapnya πŸ˜πŸ˜πŸ˜„. Tempoyak ubi kayu itupun saya penasaran nak rasa. Kira2 ada restoran yang jual tak kak πŸ˜„?

    ReplyDelete
  14. saya selalu terliur tengok masakan kak SA, memang semua nampak sedap. untunglah dpat merasa airtangan kak SA :D

    ReplyDelete
  15. Kejap lagi nak BW ke blog SA jugak lah...kot lepas ni ada rezeki sambal belacan dia🀣

    ReplyDelete
  16. best sgt bila dpt bertukar2 mknn gini!! PH...kan ari tu PH ada bagi chilli oil tu...MZ kerap guna tau masa masak2...tp jimat2 jer..dah nak abih dah tuuu..tinggal dlm 20% jer lagi...nanti nak kirim beli kat PH lah bila dh abih nanti..boleh kita ngedate jugak sambil2 kan hahahhah

    ReplyDelete
  17. sedap kan sambal belacan SA. Husband ammi lately ni kalau makan kat kedai tomyam bila mintak sambal belacan kalau sedap dia oklah, kalau so-so je dia akan cakap "sambal kawan awak sedap lagi".

    ReplyDelete