Thursday, 5 November 2026

Kakak | Konvensyen Dasar Pendidikan Digital 2026 @ WTC Kuala Lumpur


Kakak berprogram lagi. 
Kali ni dipilih oleh guru untuk ke Konvensyen Dasar Pendidikan Digital yang diadakan di WTC Kuala Lumpur. Pelajar perempuan F1 hanya Kakak dan Hasya. Selebihnya senior. 

Ada banyak pameran dan reruai.
Dapat macam-macam goodies/freebies, seronoklah. 

Ada button batch, pen, beg, poster anti buli dll ... 

Laptop case dari MDEC. 
Ummi berkenan hat ni, nak kena kecek Kakak ni 😁


Kata Kakak, program ni dapat sijil peringkat kebangsaan. Setakat ni belum dapat sijilnya. Guru kelas dah minta untuk kemaskini markah PAJSK. Ada rezeki adalah Kakak ye. 

4 comments:

  1. Tak tahu pulak pasal event ni kat WTC. Tak lalu lalang pun dekat my FB

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, untung kakak dapat join program ni. Goodies dapat, markah PAJSK pun dapat jugak 😄

    ReplyDelete
  3. Wah..rezeki Kakak terpilih join program begini yang dihadiri senior. Banyak pulak dapat goodies, memang seronoklah.

    ReplyDelete