Saturday, 28 November 2026

Angah | Sesi Tukar Hadiah F3

Akhir tahun kelas Angah memang buat sesi tukar-tukar hadiah. Tradisi sejak Form 1. Kali ni bajet up to RM50 (min RM10). Saban tahun makin naik bajetnya. 

Masa cabut nama, Angah dapat wishlist dari seorang girl. That girl requests laptop fan dan 2 buah novel. Check harga semua 50 something. Memang kena bebel jugalah dengan Ummi, kenapa nak spend sampai gitu. RM50 mahal kot esp utk budak sekolah. 

Dia kata ada duit. Okay fine.
Tapi perlu ke beli semua dlm wishlist tu? Untuk cukupkan bajet RM50. 

"Member Angah kata kalau kita nak barang mahal, kita pun kenalah spend lebih", katanya
🤷🏻

Salah satu novel yang dibeli. 
Lagi 2 barang sampai kemudian. Ummi tak buka, terus bawa ke asrama.

Apa yang Angah request?
Angah nak kasut sukan, botol air dan satu lagi Ummi tak ingat. Baru nak geram dengan anak orang minta macam-macam, rupanya anak sendiri pun kemain demand 😌

Kasut sukan pemberian rakan sekelasnya. Dari 3 items tu member Angah bagi 2 barang, kasut ni dan botol air. 

Tahun depan tak pastilah sama kelas ke tidak lagi sebab dah naik F4. Tapi Batch Angah semua akan ambil aliran Sains Tulen (ketetapan KPM untuk semua pelajar SMKA TMUA).

Alhamdulillah ada manis-manis untuk kelas Angah sebagai penutup sesi persekolahan tahun 2026 👇🏻

Kelas Angah, dapat Anugerah Peratus  Tertinggi Kehadiran Sepanjang Tahun masa majlis Anugerah HEM & Koko baru-baru ni. 

Tahniah! 

2 comments:

  1. tu dia anak- anak sekarang kan PH..lain macam zaman diorang ni...majlis pun besar- besar di dewan hotel la, wedding gallery la..mewah betul..high tea la..dinner la...last2 x cukup duit SA kena sponsor untuk si kembar tu...sabar aje la..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Angah dapat sertai sesi bertukar hadiah dengan kawan-kawan! 🥰 Bab memilih hadiah pun mesti dah teruja, apatah lagi menunggu giliran menerima hadiah. Aktiviti macam ni nanti jadi antara kenangan manis zaman persekolahan.

    ReplyDelete