Kenduri kedua pada 10.10.2026.
Dari Pondok Warga Emas Yayasan Al Muhammadiah, Kuala Selangor kami bergerak merentas negeri ke Janda Baik, Pahang. Cik Leha and the geng kami tinggalkan.
"Takpe, balik kami tau. Nak mai tadi ja kami tak berapa reti"
:D
Lagi pula mereka ada jemputan di Batu Muda.
Jemputan kedua ni dari Tn Hj Azman.
Dress code tetamu berdasarkan warna yang diberi. Digalakkan pakai baju warna-warna di atas. Ini first time kami attend wedding yang ditetapkan (digalakkan) pakai warna tertentu.
Memang ada dalam koleksi pakaian warna ni jadi kita follow saja, menghormati permintaan tuan rumah.
Maps sebut Bulatan Keris apa tah... Kami sebut roundabout paling kecik di dunia ja... Langkah dengan kaki pun lepas kot roundabout ni 😂
Masuk MRR2 hujan lebat sangatttt... Tapi sekejap je. Risau juga takut traffic slow tapi alhamdulillah smooth saja hingga ke Janda Baik.
Tapi jangan risau, ada buggy disediakan.
Tapi Ya Allah, laju yakmat staff dia bawak. Risau tercampak keluar dari buggy 🫣
Tampak klasik bila nama pengantin ditulis pada selendang nipis ber-lace ni. Ditiup angin, terbuai lembut selendang ni. Kita pun ikut terasa asyik melihatnya.
Melangkah ke dewan majlis, terpukau tengok dekorasinya. Memang lawa tempat ni. Dewannya dewan terbuka tapi sangat selesa. Sejuk je tempat ni, tak rasa bahang pun.
Ummi suka tengok chandelier tapi takat tengok je kot. Nak letak di rumah tak rajin nak buang habuknya 🤭
Semuanya cantik dan elegant.
Kenduri di Kuala Selangor tadi kami makan nasi minyak. Kenduri kedua ni menunya lauk kampung. Siap ada ulam petai!
Nak ambil tak ambil petai ni berbelah bagi juga tapi ambil jugalah. Pandai-pandailah cover mulut tu kan 🫣😁
Close up...
Ada umbut kelapa masak lemak putih, ulam peria katak rebus, petai dan kacang botor. Sambal belacannya pun sedap sungguh 👍🏻
Lauk lain; ayam goreng berempah, daging salai bersama pucuk ubi dan black fungus. Sambal jawa pun ada. Tak rugi la mai jauh-jauh haha ... Tak lupa juga kami hulurkan pujian tentang lauk pauk yang sedap ni kepada tuan rumah.
Suka sangatlah Ummi.
Kali pertama juga kami dapat bunga di majlis kahwin. Perkahwinan ni memang dirancang dengan teliti dan sebaiknya supaya setiap tetamu yang datang pulang bersama kenangan yang manis.
Dah seminggu bunganya masih cantik dipandang 💕
Selain bunga, dapat juga cenderahati lain iaitu kipas tangan dan tasbih. Alhamdulillah terima kasih banyak atas jemputan.
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹

Wah, dari Kuala Selangor terus merentas negeri ke Janda Baik untuk kenduri kedua! 😄 Meriah betul jadual memenuhi jemputan.
ReplyDeleteSelagi mampu, kita raikan dan penuhi jemputannya SR. Itu ada juga terpaksa skip 2 lagi jemputan.
DeleteUnik pula cenderamata yang dapat. Alhamdulillah.
ReplyDeleteYe NA, unik dan istimewa pada Sy bila dapat bunga segar ni
DeleteTudia PH, sampai ke Janda Baik wedding tu. Mesti canggih kan wedding kat sana. Gilang gemilang. Suka kalau dapat bunga masa wedding. Pernah ada kawan saya buat wedding dan ada booth bunga yang kita boleh pilih dan bawa balik. Suka sangat.
ReplyDeleteYe, gilang gemilang majlisnya.
DeleteSama la konsepnya sini pun, pilih bunga yg kita hendak then diorg wrap kan... Seronok dapat bunga ni, berbunga hati kan
PH, kenduri ada lauk petai tu rare, Mungkin area sini senang nak dapatkan petai tu.
ReplyDeleteMungkin la kan. Kalau kenduri di kampung tu jumpa juga ulam petai kadang tu.
Deletecantik venue kahwin tu.
ReplyDeletememang rare kan kenduri yg ada bagi fresh flower ni. last week saya gi kenduri kat kelantan pun dpt bunga jugak :D pastu ada ulam section bertingkat tingkat
Cantik Mazni, vibe orang-orang kaya 😉
DeleteWah jauh tu makan kenduri. Mesti best... Nanti share la citer, nak juga tengok ulam bertingkat-tingkat tu 😍