Tuesday, 13 October 2026

Singgah You Mart & Cafe, Sri Gombak

Adik selesai MPT4 hari Rabu minggu lepas, Ummi bawa ke You Mart & Cafe. 


Sementara tunggu staff siapkan order, duduklah sekejap dalam kafe ni. Takde pelanggan lain. Kafe ni biasa penuh time budak-budak sekolah habis kelas atau lunch break hari Jumaat. 

Take away, malas nak makan di sini.
Walid pun dah nak sampai dah, dari Utara. 

Ummi order;

Air float x1
Oden w Megi x1
Ramen w chicken popcorn x1
Total: RM30.++

Ramen w Chicken Popcorn ni serious sedap 👍🏻 

Oden Ummi pun sedap.
Basic w/out megi RM9.90 tak silap. Add on megi tambah lagi singgit tak silap. Resit dah buang pulak, tak boleh nak semak.

Air float ni tak lah sesedap A&W, tapi bolehlah buat pelepas rindu :D 
Dekat SG ni takde A&W, jarang sangatlah dapat minum float depa. Apapun alhamdulillah syukur atas rezeki pemberian-Nya. 

Oh ya Adik beli juga keychain bentuk bunga, ada cermin sekali. Nak bagi hadiah utk Azra, yang birthday-nya awal bulan hari tu. Selain f&b, ada jugalah benda-benda cute yang kedai ni jual. Biasalah, port budak-budak sekolah, diorang suka cute stuff gini kan... 


7 comments:

  1. Tetiba rasa nak minum float tu. beli air A&W kita topping kan dgn ice cream. sedap ek.

    ReplyDelete
  2. Betul tu budak2 sek sukaa cafe camni
    Lepak mkn2
    Blk sek tu dorang mkn

    ReplyDelete
  3. budak2 skrg sukaa lepak cafe...
    nieyl hari-hari balik kerja akan lalu depan sekolah tau, depan sekolah tu ada buka kedai ala hipster, ada kerusi healing bagai..budak-budak sementara tunggu parents ambil, duduk minum situu..

    ReplyDelete
  4. A&W yang jadi simbol kebanggaan Seremban di Lake Garden masih berdiri utuh walaupun dah tak buka 24 hrs.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap pulak Ramen with chicken Popcorn tu PH...

    ReplyDelete
  6. Sedih tengok pelekat kat meja tu. A&W Kebanggaan Amcorp Mall PJ. He he he

    ReplyDelete
  7. Nampak simple semua makanan yg di order, tapi kalau sedap memang akan repeat tu..

    ReplyDelete