Wednesday, 14 October 2026

Pergi Sekolah tapi...

Selepas 2 hari PDPR; Jumaat dan Isnin, SRAI kembali dibuka hari Selasa. Adik pergilah sekolah macam biasa. Ummi ingatkan sentiasa pakai face mask sebab nampak jerebu masih teruk. 2-3x check IPU tapi macam tak accurate je. IPU rendah tapi hakikatnya nampak kelabu asap belaka. 

Berhampiran sekolah, tak nampak matahari langsung. Di rumah nampak juga cahaya matahari menembus bumi. 

Sekitar jam 11.00 pagi Adik called. Katanya dia asyik bersin dari pagi jadi Cg N suruh balik. Pagi tadi pergi sekolah elok je :( 
Ummi syak dia allergic dengan asap/habuk la kot. Dengan keadaan macam gambar atas tu no wonder la asyik bersin dan rasa tak selesa. 


Alhamdulillah tidaklah demam. Cuma dia asyik bersin sampai merah hidungnya. Ummi suruh dia berehat saja. 

Nampak kawan share status ni. 123 pun dan rasa rimas, apatah lagi tempat yang IPU -nya lebih tinggi :( 


Sama-sama kita mohon DOA agar keadaan kembali pulih. Rindu nak tengok langit biru dan awan kepul-kepul. 

14 comments:

  1. Semoga keadaan jerebu ini makin baik

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, cepatlah hilangkan jerebu ni...

    ReplyDelete
  3. Semoga baik2 aje anak2 kita.Amin

    ReplyDelete
  4. Semoga keadaan jerubu bertambah baik.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat2lah jerebu ni menjauh.

    ReplyDelete
  6. Kesian Adik, yelah tu dia alergik habuk partikel jerebu.

    ReplyDelete
  7. Bukan orang je, kucing saya Louis tu pun bersin jugak penangan jerebu ni 🤧 mlm tadi kiteorg bagi je dieorg berkeliaran bebas dalam rumah sbb kena tutup pintu luar dekat balkoni rumah. Selalunya malam2 dieorg kena kurung dekat balkoni, tapi pintu luar balkoni bukak sikit bagi udara masuk. Memandangkan udara kat luar tak sihat terpaksa tutup pintu luar dan anak2 bulus letak dalam rumah nak mengelak dari jatuh sakit akibat jerebu yg teruk ni.

    Saya aminkan doa supaya jerebu ni cepat hilang.🤲🏻

    ReplyDelete
  8. moga cpt baik adik...kt opis geng update mana yg batuk selsema bos soh wfh

    ReplyDelete
  9. Makin teruk rasanya..semoga yang baik² saja..aamin

    ReplyDelete
  10. makin tebal langitnya. kita mahu buka mata pun, sesipi ja.

    ReplyDelete
  11. Yang dok keluar masuk rumah memang nampak ya jerebu... akak dok ofis je tak rasa... balik pulak lewat. Cuma pagi lah bila nak gi ofis... tak tau kabus ke jerebu.

    ReplyDelete
  12. ammi pun last week tiap pagi bersin. Kat office bersin. Kita mmg ada sinus jadi bila ada habuk sikit dah beriya sakan bersin

    ReplyDelete