Sejak kerajaan perkenalkan BDR (Bekerja dari Rumah) ni Ummi perasan bilangan kereta di atas jalan raya berkurang secara signifikan, khususnya di kawasan tempat tinggal kami. Sebelum ni kalau nak keluar rumah sekitar pukul 7.30 - 8.30 pg tu memang 'makan roti dgn jem la' :p
Selasa pagi Ummi keluar isi minyak. Alhamdulillah trafik clear, takde sangkut- sangkut. Selesai isi minyak, Ummi pergi market. Nak tambah bekalan lauk basah. Tapi itulah kalau ke pasar weekdays, tak banyak pilihan ikan dan seafood. Nak meriah kena pergi hujung minggu. Singgah juga Giant nak beli sayur dan barang kering. Kunci kereta tak bagi kerjasama, jadi terus keluar dari parking Giant. Kalau ditekan-tekan nanti berbunyi alarm-nya non stop, jadi baiklah Ummi beralah.
Sebelum balik singgah Thaqwa sekejap, teringin roti sardin depa. Dekat sini kunci kereta Ummi bagi kerjasama, jadi bolehlah turun dari kereta.
Selek :p
Balik makan di rumah, segan nak dine in sorang-sorang di kedai mamak sebab pekerja dia mostly lelaki. Kalau Jemuju Kasih, AK Cafe atau DeFaza okay je makan sorang sebab staff dia perempuan belaka. Adalah sorang dua lelaki; tukang bancuh air atau taukenya.
Teh ais Thaqwa sedap 👍🏻
Tak tahulah berapa harga teh ais ni sebab jumlah keseluruhan (termasuk roti sardin) RM10.40. Mahal sikitlah tapi sedap. Jangan mahal tapi tak sedap. 7 keturunan tak habis cerita nanti 🤭
Sebelum balik rumah, ke makam bonda dulu. Bawa bersama hati yang tengah serabut dan berduka atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah.
Belah malam Ummi joined majlis bacaan Yasin ladies batch Ummi di uni. Ada kawan baru meninggal, ada yang anaknya masuk hospital dan ada yang tengah fighting cancer. Semoga Allah SWT kabulkan DOA dan hajat kami.
Begitulah sehari dalam hidup Ummi pada 29.09.26.
Semoga dipermudahkan urusan yang berdepan dengan ujian.
ReplyDeletesemoga semuanya baik-baik sahaja. dipermudahkan semua urusan harian.
ReplyDelete2-3 kali dok nak pahamkan pasal kunci kereta tak bagi kerjasama😅... kena tukaq bateri kot tu.
ReplyDeleteMengapa eh kunci kereta itu?
ReplyDeleteBetul kalau mahal kena sedap.
Kat kawasan saya ni masih lagi pagi2 jem. Mungkin kat sini tak ramai org kerja gomen kot, ramai kerja swasta 😅
ReplyDeleteAduh tengok teh ais tu teringin pulak 🫣
roti canai taqwa parent slalu juga beli
ReplyDelete