Monday, 19 October 2026

Abang | Sijil Tahfiz DQ JAKIM

Alhamdulillah Sijil Tahfiz JAKIM dah boleh diambil di sekolah. Makanya Rabu lepas Abang ke sekolah menengahnya bersama beberapa orang kawan yang juga sedang bercuti. Sijil SPM Abang dah ambil Ogos lepas. 

Abang lepasan sekolah SMKA TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab). Selain Sijil SPM, pelajar SMKA TMUA juga layak mendapat sijil Tahfiz DQ JAKIM. Untuk melayakkan pelajar dapat sijil Tahfiz ni, kena habiskan hafazan 30 Juzuk Al Quran sepanjang 5 tahun di sekolah. Alhamdulillah Abang berjaya khatam hafazan di Tingkatan 4. 

Gred digunakan ialah Band 1-6. 

Selepas selesai urusan di sekolah, pakat outing pula. Ada kawan bawak kereta jadi panjanglah langkah depa. 

Lunch makan di Richeese. 
Kemudian berpindah ke food court pulak, ada kawan baru sampai. 

Pasrah je la Ummi dengan gambar yang Abang share ni 🤭

Alhamdulillah tahniah Abang. Dari segi pengiktirafan, dah ada sijilnya. Tapi nak kekalkan hafazan tu yang mencabar. Jangan biar permata berharga dunia dan akhirat tu hilang dari dada ye Abang❣️


16 comments:

  1. Syukur alhamdulillah untuk kejayaan anaknya.

    ReplyDelete
  2. tahniah abang..sronok dpt outing ngan kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.
      Sampai ke petang baru balik :)

      Delete
  3. alhamdulillah tahniah abg berjaya khatam hafazan!

    ReplyDelete
  4. Panjang langkah Abang. Hehe.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  5. hahah gmbr gitu ajerlah yer! sama mcm my ariff ni hahah anyway, congrats abg! moga terus sukses

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...kena kerap jadi imam dirumah, di hostellah kalau gitu. Budak bongsu kat rumah ni pun masa darjah 4 dapat hadiah sebab hafal al-mulk...silap kami juga tak polish dia..ehhh dia dah lupa sekarang ni bila ditebuk2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena ulang-ulang baru tak lupa kan...
      Ajak dia baca sama² tiap malam Ammi. Just share tau... Sbb kami buat gitu dgn Adik, alhamdulillah dia ingat jugalah wpun kadang tersilap ayat. Sbb di PASTI dulu dia dah hafal utk pertandingan

      Delete
  7. Tahniah abang. Semuga success selalu.

    ReplyDelete