Hari Rabu pergi sekolah ambil sijil Tahfiz tu, ada cikgu ajak Abang dan kawan-kawan main bola dengan geng cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu depa ada team bola. Aktif main, at least seminggu sekali.
Makanya Khamis malam kami pun temanlah Abang ke Padang Bola Sintetik UIA. Takde kenderaan nak pergi sendiri. Nak bawak kereta tak berapa confident lagi sebab lepas lulus P, terud masuk Asasi. Sampai sekarang tak pernah bawak kereta. Motor pula dah uzur, tak berani nak bagi dia bawak.
Kenangan Abang dan guru/ustaz dari team JKFC. Kawan Abang yang dapat joined cuma Wakeel dan Zack je.
Dari segi umur tu nampak baya-baya team cikgu-cikgu juga. Sekufu hehe ..
Ingatkan malam reda sikit jerebunya, rupanya sama je.
Pom pom girl Abang :p
Esoknya tu kan PDPR, boleh la tidur lewat dari biasa. Kalau Adik sekolah Jumaat tu, memang Ummi dan Adik tak ikutlah.
Tengah main hujan pulak. Best jugak sesekali dibasahi air hujan.
Kita bikin romantis 🎶🎵🎵🎼
Gitewww...
Kaki melecet. Boot bola tu Zack punya, dia pinjam sebab boot bola dia tinggal di hostel. Main sekejap je la.
Keputusan seri 1-1.
11.30 malam gerak balik. Hujan lebat. Ummi ni risaukan Wakeel sebab dia naik motor. Zack bawak kereta, tak risau sangat. Suruh Abang text si Wakeel ni, alhamdulillah dia selamat sampai rumah 🤲🏻
Siap ajak Abang main game lagi. Budak-budak muda, energetic. Ummi ni nampak bantal dan tilam je dah 🥱
Dalam cuaca berjerebu, hati-hati
ReplyDelete