Jom tengok menu cuti sekolah kali ni...
Seperti biasa, sebelum delete gambarnya, kita tepek sini.
Ayam goreng, cili kicap, kerang rebus dan kari kepala ikan merah ke jenahak. Baru kelmarin masak, hari ni dah lupa 🤦🏻
Kerang rebus favorite Kakak. Jadi, kita jamu dia makanan favorite sebelum balik asrama. Kerang ni ada warna kebiruan pada cengkerangnya. Cantik.
Udang goreng kunyit, kari ikan tongkol (frozen) dan pucuk ubi + pucuk belalai gajah tumis belacan. Pucuk ubi dan pucuk belalai gajah tu rebus dulu (note to self).
Keropok lekor, pasta angel hair goreng dan telur rebus. Ni sarapan pagi Jumaat. Ikutkan banyak baki pasta tu, nak ulang makan. Sekali, Adik dan Lili pakat perabih 😁 Depa dok main water balloon masa Ummi dok kait buah belimbing buloh. Lapar la tew...
Keropok lekor Ramly Burger. Sedap, berasa ikannya dan tak liat walaupun dah sejuk. Highly recommended. Oh ya, Angah tukang goreng keropok ni. Kena bagi kredit, nanti makin rajin anak bujang Ummi sorang ni :D
Buttermilk chicken, sambal ijo bilis dan daun salad. Kuah buttermilk tu lebihan Kakak masak untuk The Culinary Cook Competition.
Lega Ummi 😁
Asam pedas ayam ni la kuahnya yang Ummi buat cicah dengan lempeng. Ada yang rasa pelik kan... Ummi pun tiru je member dari Selatan makan gaya gini. Okay, sedap je. Kita buat dia :)
Lada solok tu sedaplah pulak makan mentah gitu.
Tak cukup sebungkus rupanya. Malas nak goreng gaul telur tu, celur makan as kue tiau sup la sebungkus lagi. Again, kita buat dia :p
Bukan masak sendiri, beli sebab telioq tengok Kak Faiza makan di Ipoh tempohari.
Alhamdulillah.
menyelerakan la semua menu2. baru ni nak beli kerang tengok besar2 tapi malas betul nak mencuci kulit kerang tu.
ReplyDeletePuas hati bila ramai² makan.. baru la seronok nak masak².. pula tu ada yang bantu..lagi best
ReplyDeletesemua pun sedap2 ni. saya terliur kepok lekor tuuu
ReplyDeleteMeriah menu-menu cuti sekolah,....
ReplyDeleteSemuanya sedap. Trliur tgk siput sedut tu =D
ReplyDeleteNak kena cari keropok lekor Ramly nih...
ReplyDeleteSaya percaya kalau PH kata sedap...in shaa Allah sedap juga ditekak saya..
Kalau pi Ramly tengok salmon akan ingat PH...hehehe
kuah asam pedas, kuah masak lemak, kuah kari, semua tu kalau tak habis mmg jadi cicah lempeng, cekodok, roti canai
ReplyDeleteAlhamdulillah.. nampak sedap dan berkhasiat semuanya
ReplyDeleteSedap sedap semua menu. Anak anak tak kira lelaki atau perempuan kena la dedahkan juga dengan dapur. tak hebat takpe. Janji boleh masak yang basic
ReplyDeleteLempeng pekena dengan apa pun kuah sedap je. Nampak sedap lah kopok lekor ramly burger tu.
ReplyDeletemcm2 menu ada bila anak2 asrama pulang..meriah...lama tk mkn siput sedut
ReplyDeleteSy beli je kalau teringin sbb tak pandai nak siang siput sedut tu ☺️
DeleteEh, hari tu saya pun ada masak udang goreng kunyit, tapi belum share di blog. 😊 PH share menu ni, saya jadi ada idea nak masak apa nanti. Mekasih atas perkongsian ya, PH. 🤗 Saya tak tahu yang kita boleh masak pucuk belalai gajah. Kena rebus dulu, ya. Baiklah. Selalu, buat minum je, sebagai ubat.
ReplyDeletePucuk belalai gajah tu boleh masak macam² Nur. Masak lemak putih boleh, tumis belacan boleh, rebus makan sbg ulam pun boleh.. nak tumis belacan tu tak rebus dulu pun takpe, tapi sbb pucuk ubi Sy rebus, masukkan je la sekali :)
DeleteMesti seronok anak2 balik asrama makan masakan air tangan ibu. Variety betul masakan PH.
ReplyDeletePecah juga kepala nak cari idea haha 😆
DeleteSelalu tengok orang review keropok lekor Ramly. Tapi sini tak pernah nampak lagi kedai jual.
ReplyDeleteSemua masakan terliur pulak...lepas tu terpandang keropok lekor...teringat ada beli kat MAHA.
ReplyDeleteRamainya menu sesedap
ReplyDeleteWah sedap-sedap lauk pauknya. Anak-anak ada cuti sekolah ni haruslah masak jamu sedap-sedap kan. Pucuk belalai gajah? Pertama kali dengar rasanya.
ReplyDeleteBagus anak-anak pun rajin membantu kat dapur tolong masak.
Dari haritu dok terliur nak makan siput sedut tengok entry Kak Faiza juga. Tak dapat-dapat siput sedutnya. Nak masak sendiri, kat pasar tani tak ada pulak siput sedut. Tak musim agaknya kan.
Meriahnya menu sepanjang cuti sekolah kali ini.
ReplyDeleteArghhh sudah...
ReplyDeletemaafkan nabilah bukkkk😂.. kalau siput sedut yang nabilah makan bikin ibuk kepingin🤣🤣🤣
Ehhh.. akak tak pernah masak asam pedas ayam, biasa ikan je.
Ini yang menyesal masuk blog PH pagi-pagi di kala puasa ganti sebab gambar makanannya menggoda sungguh
ReplyDeleteTudiaaa...banyaknya gambar makanan...SA plak tengah diet ha....jenuh la menahan mata ni
ReplyDeleteLihat aneka menu langsung lapar. Berharap cepat buka puasa 🤣.
ReplyDeleteDah lamaaa tak makan kerang rebus. Sukaa sangat menu ini. Kalau ke warung seafood, pasti selalu pesan.
Lekor nih fav saya sangat2. Nanti di KL memang nak beli untuk bawa ke JKT. Yg Frozen nya.
Mantap nih memang sedaap kalau dimakan cicah kuah yaa. Masuk ke jenis kuah apapun memang sesuai.
Siput sedut pun sukaaa. Tp saya tak pandai hisap. Jadi kalau makan ini wajib pakai tusuk gigi, utk menarik daging dia 🤭