Saturday, 22 August 2026

Vibe Merdeka Sangatttt πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Selesai urusan di market, ajak Walid makan roti canai di Warung Man Black di Bolton. Owner warung, En Man memang patriotik orangnya πŸ‘πŸ» Saban tahun warungnya meriah dengan pelbagai jenis deko merdeka; bendera, poster di dalam dan luar warung. 

Tahun ni ada bunting juga πŸ‘πŸ»

Dalam banyak² hiasan tu, poster² Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga sekarang paling menarik perhatian Ummi. Lawa sangat. Ada beberapa orang kanak² pun dok perhati je posters ni. 

Order roti canai banjir satu... 
Share berdua 

Nasi goreng sorang sepinggan.

Good job En Man, semoga usaha begini dapat diteruskan di tahun² akan datang. Mungkin boleh jadi ikutan peniaga² lain juga. 




7 comments:

  1. Roti canai banjir kegemaran sayaπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  2. Dekat hosp pun dah pasang bendera.. tahun ni Linda pasang dalam pejabat je.. malas nak memanjat² dekat luar

    ReplyDelete
  3. bagusnya owner kedai yg patriotik gini. haritu lalu depan pangsapuri, setiap tingkat tu diorg gantung dgn bendera. semangat sungguh!

    ReplyDelete
  4. Kalau roti canai akak pun suka banjir.

    ReplyDelete
  5. Pagi tadi brisk walk di Taman Tasik Perdana dengan suami. Ada aktiviti zumba, instructor tu pasang lagu Sudirman Tanggal 31 Ogos, ramai2 yg ikut zumba ikut nyanyi sama2 tak kira la Melayu, Cina atau India. Last sekali ramai2 jerit 'Merdeka!'. Meriah sangat hehe

    ReplyDelete
  6. sedap plak tgk roti canai tuuuu

    ReplyDelete
  7. Lihat roti canai banjir, jadi teringin 😍😍. Biasanya kalau makan roti canai saya kuah pisah. Tp lihat dicampur, macam sedap eh πŸ€£πŸ˜„

    ReplyDelete