Sunday, 2 August 2026

Catatan 18 Safar 1448H

Menu sarapan pagi minggu... 

Bihun Singapore dan keropok goreng. Ummi goreng bihun, Abang goreng keropok. 
Kuah durian masih berbaki, pakat hirup sorang semangkuk. Minta Walid beli juga nasi lemak bungkus buat tambah². Bihun tu nampak sikit pulak bila dah digoreng. Hari ni ada jemputan kenduri, tak perlu masak lauk tengahari. Tuan rumah jemput dan pesan suruh datang satu keluarga. Jadi, anak⁴ pun ikut sekali. 


Petang hantar Kakak balik asrama. Malam dia call tertinggal barang. Adoi la Kakak... 

Catatan ringkas sahaja hari ni. 
Nanti Ummi buat entry khas untuk kenduri hari ni, In Sha Allah. 


1 comment:

  1. Asyik yaaa ada kenduri lagi 😍😍😍. Ramai undangan untuk kakak yaaa.

    Bihun Singapore saya suka. Saya memang lebih suka bihun yg tanpa kecap begini

    ReplyDelete