Lama betul ambil masa nak sambung cerita pengalaman kami menggunakan khidmat roro pergi dan balik dari Langkawi.
Untuk balik, kami pilih Wantas Roro. Sesuai dengan itinerary kami, sebab last day di Langkawi ni kami nak berjimbaan lagi.
Pengalaman Naik RORO dari Jeti Tanjung Lembong, Langkawi ke Jeti Kuala Perlis
Provider: Wantas RORO
Tambang: RM 321 I 1 buah MPV + 6 orang penumpang
Sampai di Langkawi Port (Jeti Tanjung Lembong) kami diminta ke pejabat Wantas Roro dulu untuk urusan dokumentasi.
Keadaan di JTL lebih tersusun dan professional pengurusannya. Setiap provider Roro ada pejabat sendiri, fasiliti lengkap dan tersusun.
Langkawi kan pulau bebas cukai. Barang yang dibeli tu kalau untuk kegunaan sendiri takde masalah (ada had). Kalau untuk berniaga kenalah isytihar. Kisahnya Tok Umi berhajat nak kirim 20 helai kain batik Langkawi. Tapi Ummi tak berani nak belikan, takut kantoi 🤭
Depa suruh buka boot kereta dan tengok gitu² je. Sekilas pandang pun tahu, kami memang pergi bercuti. Orang dan beg sama banyak haha...
Dekat JTL ni semuanya sistematik. Kenderaan beratur ikut lane yang disediakan. Ada staff yang bertugas menyusun kenderaan (bagi arahan untuk kita park dekat mana) one by one.
Lama juga menunggu feri sampai jadi sempatlah Walid ke tandas dsbnya. Nak dijadikan cerita, terjumpa Hj Bro di sini. Beliau ada event sempena New Year, sambut pelancong yang sampai ke Langkawi that day.
Ummi tanya penumpang sorang tu, katanya boleh je free seating sebab feri tak penuh. Okay la, selesa sikit. Kerusi tegak sikit.
Duduk luar ni best boleh tengok pemandangan.
Masa atas feri ni juga tiba² line phone Ummi detect signal negara jiran. Tiba² waktu dekat phone jadi awal sejam 😅
Jam di phone 1753. Jam di tangan 1653 :)
Nampak daratan... Nampak macam dah dekat, tapi Roro ni perlahan ye. Especially Wantas ni sebab ferinya besar. Bila besar, muatan lebih banyak jadi lebih berat juga.
Alhamdulillah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 7.30 mlm. Satu lagi pengalaman yang baru yang menarik untuk kami.
Saya ingatkan roro tu apalah tadi. Paling syok duduk kat luar layan permandangan luar. Nasib baiklah tak ramai kan, boleh duduk mana². Kerusi tegak tu kalau lama sakit pinggang dibuatnya.
ReplyDeletekami haritu pun nak bawa kereta sendiri naik roro juga,dah booking semua tapi cancel,beli tiket flight,tiba2 rasa jauh pula nak drive dari kuantan ke utara..
ReplyDeleteHari tu ada ke Langkawi atas urusan kerja. Anak2 cakap tak pernah pergi Langkawi. Alahai, sedih pula. Mungkin saya boleh consider naik roro lah kalau nak bawa anak7..huhu
ReplyDeleteSatu pengalaman baru ni. Kalau pernah naik feri dengan kereta ni dulu2 kat Penang je. Kat K. Perlis - Langkawi tak pernah.
ReplyDeleteWahhh..Menarik ni.Kena kumpul pitih la gini =D
ReplyDeletedlm fikiran MZ, roro = tong roro yg org sewa utk isi sampah2 besar2 tu hahah bila baca entry...rupanya roro ni feri!
ReplyDeleteWahhhh.. best ni bawa kereta sendiri masuk Langkawi. Walaupun ongkosnya tinggi tapi macam berbaloi berbanding menyewa kereta lain dan nak bawa barang² lagi, kan. Ni senang la semua gerak sekali tanpa halangan. Kalau sy pun takut la nak beli kain batik sampai 20 lai, hihi. Takpe, beli kain batik kat Mydin jer nanti PH.
ReplyDeleteBest nya, pernah plan tapi tak kesampaian lagi.
ReplyDeleteIngatkan naik roro tu roro bin angkut sampah tu adoiii hahahaha..
ReplyDeleteLama tak ke Langkawi.. nak plan jugalah bawa anak-anak dan cucu semua
Nama sama dengan tong roro yang orang sewa buang sampah tu. Hihi. Rupanya feri. Lamanya tak ke Langkawi.
ReplyDeleteSebab PH kan balik kampung jadi boleh lah sekali jalan masuk Langkawi. Kalau drive semata² ke sana rasa jauhhhhh sangat huhu
ReplyDeleteOoooo... ini pun namanya roro ke? Baru tahu.
ReplyDeleteIngatkan roro hanya tong yg tempat construction tu je....