Thursday, 16 July 2026

Catatan 1 Safar 1448H

Ahlan Ya Safar

Bekal hari ni ala² Western; roti 2 keping, scrambled eggs, sosej dan tomato. Walid tak makan baked beans jadi tak letak. Lepas tu Ummi goreng juga karipap Ramly buat tambah² bekal. Karipap hitam di tengah, tak payah ambil gambar, aib 😆 Bergaduh dengan si Emon, kalut nak panjat dapur orang nak goreng karipap. Nasib baik tak terjun dalam kuali panas :( 

Malam Jumaat ada 2 kenduri di surau. 
Satu tahlil, dapat nasi lemak ni dan satu lagi kenduri kesyukuran balik haji dari Pak Amin; nasi putih, gulai ayam dan sambal belacan. 

Alhamdulillah rezeki awal bulan hijrah :) 



No comments:

Post a Comment