Ramai pula salah faham tentang Roro tu ye, ada yang ingat tong roro letak sampah tu hihi ...
Dalam entry sebelum ni (awal tahun hari tu) Ummi dah terangkan apa itu Roro sebenarnya. Tapi itulah, salah sendiri juga. Sambung cerita selepas ½ tahun, manalah orang tak confused. Ummi sendiri pun dah ingat² lupa ceritanya 🫣
Dari Kuala Perlis tu, kami tak singgah Jitra dah. Terus shoot ke Penang. Kami dah booking bilik di Ixora Hotel Penang yang letaknya di Perai.
Bukan pengalaman pertama kami di hotel ni. Malah pernah stay di sini hampir 2 minggu ikut Walid outstation sampaikan penjual nasi lemak di belakang hotel pun dah kenal muka kami 😁
Masa tu Abang darjah 5. Lama dah ...
Jadi Ummi memang tak boleh recall secara specific tentang hotel ni.
Ini je yang available...
Bilik air selesa cuma kurang berkenan sebab shower dan toilet separate. In between ada vanity area terbuka, which means no pintu. Kurang selesa di situ. Basah la area tu kalau kita nak berwudhuk ke. Lagi satu toilet pun takde handheld bidet. Tak suka betul la kalau toilet jenis gini. Susah nak beristinjak properly (my personal opinion & preference 🙏🏻)
Dinner tapau je. Tapi tak lalu nak makan dah. Lepas mandi semua nampak bantal je. Rasa pun so-so je, jadi tidur lebih 'sedap' :D
Jalan masih lengang. Siang nanti penuh kenderaan di jalan utama ni.
kat msia ni, memang sgt2 tak selesa if dpt hotel room yg mana toiletnya tak de bidet...kalau travel oversea, kena survive dgn dry toilet lagi! MZ bwk collapsible gayung dan bucket jugak setiap kali fly abroad, tak leh ganti bidet tapi boleh lahhhhh better than tak de langsung gayung
ReplyDeleteWe are used to that kan MZ.
DeleteMemang x selesa kalau toilet takde handheld bidet ni.
Sekarang banyak betul toilet takde bidet lagi-lagi di hotel 5 stars atau malls yang besar-besar. Dah kenapa kan? Jenuh betul la
ReplyDeleteKan KSarie... Selalu terfikir kalau orang tua² lagilah susah nak guna toilet gini kan
DeleteIngatkan saya je confuse dengan roro tu. hihi..Tak suka juga kalau toilet tak ada bidet. Kita kalau dah penat kurang selera rasa nak makan tapi tak makan nanti lapar pulak. Cantiknya view waktu subuh tu. Menu brunch menyelerakan. Ada ulam dan sambal tu buat tambah selera lagi.
ReplyDeleteSama la kan Akk pun, dah terbiasa dengan toilet ada bidet.
DeleteIsi perut dulu baru senang hati nak teruskan perjalanan :)
Cantik pemandangan waktu subuh.
ReplyDeleteKalau kurang verkenan dengan toilet di hotel , tentu tak senang hati nak berurusan di dalamnya kan PH.
Begitulah kak Amie 😌
DeleteOk juga hotelnya tu cuma masalah toilet jela ye.
ReplyDeleteOkay je Cie lengkap semua fasilitinya. Dekat pulak dgn highway, senang nak transit.
DeleteJarang hotel skrg kt msia yg xde bidet kan kecuali hotel lama. Tp mostly pasti ada la, kat msia kot 😅😅
ReplyDeleteAda juga Ako. Even newly opened mall pun ada yg toilet nya takde handheld bidet ni.
Deletetoilet tanpa bidet mmg menyesakkan jiwa.. payah betul nak ejas ke kiri ke kanan ahhaha
ReplyDeleteTau takpe 😂😂😂
DeleteKalau dh buat separate toilet tu patutnya buatla pintu terus kan. Kita kat malaysia ni suka handheld bidet
ReplyDeleteItu la... Nak gosok gigi pun tak selesa bila ruang terbuka gitu 😌
Delete