Thursday, 2 July 2026

Catatan 16 Muharram 1448H

Bekal kurang memberangsangkan hari ni. Sandwich telur mayo jerrrrrr...

Ummi beli durian kampung selonggok RM50. Setiap longgok 10 biji. Buah pertama Ummi buka sedap manis elok. Buah kedua buah lama sikit, buah ketiga tawar. Harapnya baki lagi 7 biji elok belaka. Beli untuk makan dengan anak² asrama yang akan balik bermalam minggu ni. Santan untuk buat kuah durian dan roti untuk cicah dengan kuah durian pun Ummi dah beli. Punyalah semangat nak tunggu geng makan durian balik 😁

P/S: Kita kena scammed dengan Abang la semalam. Nasi dengan Tam Tam tu lapik perut je rupanya. Malam dia keluaq pi makan nasi goreng la acik² :p







Wednesday, 1 July 2026

Terima Hadiah GA Meriahkan Piala Dunia by Kak Notie

Alhamdulillah Ummi salah seorang pemenang GA Meriahkan Piala Dunia anjuran rakan blogger, Kak Notie. Lambat sikit Ummi dapat hadiah ni sebab ada masalah dengan alamat rumah. Boleh ye address kami di-pin di Dengkil sana. Bila Kak Notie minta alamat lain, kepala jammed sekejap nak bagi alamat mana 😅 Sebab tak pernah ada masalah dengan alamat rumah kami ni sepanjang urusan pengeposan barang. 

Ummi pengomen ke-10. Rezeki Ummi walaupun tengok post ni dah lewat sebab demam masa ni. 

Dah tahu hadiahnya apa sebab dah tengok entry kawan² lain yang terima hadiah ni lebih awal. Tapi tetap berdebar sebab nak tahu Ummi dapat tumbler gambar siapa. Kita dok harap Christiano Ronaldo wak :p 

It's Messi! 
Siapa tak kenal Messi kan, known as the GOAT of modern football. 8 kali menang Ballon d'Or, pernah menang World Cup (2022) dan pelbagai anugerah lagi. Dalam WC 2026 ni pun dia perform sangat. Scored hatrik masa lawan Algeria hari tu 👏🏻👏🏻👏🏻 
Jumlah gol Messi score setakat ni 6 gol, sama dengan Mbappé. Both are top scorers la setakat ni. Argentina pun berjaya mara ke peringkat seterusnya, so expect more goals from him 💪🏻

Cukup pasal Messi, kita cerita pasal tumbler ni pulak. Cantik tumbler ni, warna putih 🤍
Ummi belum ada tumbler warna putih jadi bila dapat warna ni happy sangat. 

Tumbler ni ada petunjuk suhu, jadi kita tahulah suhu air dalam tumbler ni. Ni tumbler ada penunjuk suhu kedua Ummi miliki. 

Ada penapis juga. 

Alhamdulillah tqsm Kak Notie atas hadiah yang special ni. Semoga mewah, lancar dan berkat selalu rezeki buat Kak Notie sekeluarga 🤲🏻 




Catatan 15 Muharram 1448H

Welcome July! 

Alhamdulillah, berjaya mengharungi onak duri 6 bulan pertama 2026. Walaubagaimanapun tetap berharap dan berdoa agar dunia kembali aman dan semua dapat merasai nikmat keamanan dan menjalani kehidupan harian seperti sepatutnya. 

Bekalan untuk si dia pagi ni

Pesanan untuk jiwa yang sedang resah ❤️

Dah lama tak melangkah ke kedai sebab ada runner (baca: Abang). Hari ni Ummi melangkah semula mengejar cita-cita :p 

Bila terpaksa konvoi dengan geng balik kerja, bertabahlah Ummi 💪🏻
Hari ni pulak hujan, memang merangkak² la trafiknya. 

Buah tangan dari si dia, dumplings 😋

Dinner anak soleh, tak tau nak sedih ke nak gelak 🫣
Makan nasi dengan keropok Tam-Tam tu Ummi pernah juga buat, tapi nasi goreng la. Menurun ke Abang la gamaknya ni :D