After 2 weeks hiatus, sesi photodump bersambung semula :)
Beli bantal untuk Abang. 2 biji RM30 je. Ada raya sale dekat Aeon bulan puasa hari tu. Empuk elok bantalnya.
Tudung Adik beli di D'Fyros. Stok tudung bawal plain masih banyak tapi shawl tak banyak pilihan. Ummi rasa diorang tak restock, just nak habiskan stok yang ada je.
Jadinya shawl Kakak beli di TT aje. Tudung labuh beli di I-Nur. Tudung labuh untuk majlis raya di sekolah nanti. Gambar tengah tudung Ummi, bawal bidang 60'. Susah betul nak cari di fizikal kedai/booth tudung saiz ni. Akhirnya beli di TT juga. Alhamdulillah harga pun affordable sangat.
Lunaskan bayaran tahunan khairat kematian masjid. Berdasarkan pengalaman menguruskan pengebumian arwah Tok,khairat kematian ni sangat² membantu dan memudahkan urusan waris.
Last day sekolah, sebelum cuti raya SRAI buat majlis penutup Ihya' Ramadhan. Takde pemberian duit raya kali ni, akan diberi masa program sambutan raya sekolah. Ramai yang dah mula balik kampung hari ni. Kami pun turut terkesan juga nak balik ke SG, lepas ambil anak² di asrama sebab trafik mula bertambah menuju ke Tol Gombak.
Bidang 60 memang susah nak cari fizikal..partner pejabat nak pegiTBG pun sangkut jem..nasib baik la sempat dan bas pun delay sebab jem
ReplyDeleteItu la dah puashati beli kali ni, nx time terus cari dekat TT je la
DeleteMZ pun look fwd utk jamuan raya kat sek alhuda sbb setiap thn la sek buat jamuan raya dan mknn semua sedap2 sgt!
ReplyDeleteBestnya. SRAI internal je, parents tak dijemput huhu
DeleteDah tak merasa dah jamuan hari raya sekolah ni.
ReplyDeleteDah berlalu kan zaman tu hehe
DeleteMurah la bantal tu. Kalau empuk elok berbaloi la beli.
ReplyDeleteBerbaloi sangat Cie... Setanding la dgn bantal empuk jenama lain :)
DeleteBidang 60 itu yg besar ya kak?
ReplyDeleteSayapun kalau beli tudung, memang dah online juga. Jarang sangat beli dari toko offline
Ya Fanny. Bidang biasa 45' .
DeleteSelamat Hari Lebaran utk kamu... Apa cerita raya di sana? Mudah-mudahan semuanya meriah seperti di Malaysia 🫰🏻
Wafi ritu sehari sebelum cuti dapat duit raya dari sekolah, ada majlis Khatam Quran juga. Hari yang last ada mesyuarat PIBG, dia & kawan-kawan naik ETS awal.
ReplyDeleteRasa macam nak pergi cari kerepek pulak buat kunyah - kunyah.
ReplyDeleteLawa warna tudung PH beli. Paling besar saya pernah jumpa tudung bawal di kedai fizikal, bidang 55.
ReplyDeleteSeronok tengok kerepek pelbagai jenis. Letak dalam balang di musim perayaan ni, sat je boleh habis.
SA ada beberapa shawl...nak pakai x pandai..sudahnya bagi anak2 buah..lepas tu pakai aje la bawal ni...hahahhhahaha
ReplyDeletebawal bidang 60 ni kedai2 besar mcm Muaz tu ada laa yg menjualnya. kedai2 biasa mmg payah... nak tak nak kena cari kat kedai online juga
ReplyDeleteUntuk tempat baru ni kami belum berdaftar lagi khairat kematian dgn surau berhampiran. Borang dah bawa balik, isi dah isi tapi tukang hantar tu manjang je lupa. Nyampah kita hahah
ReplyDeleteRaya dan jalan sesak memang tak dapat dipisahkan.
ReplyDeleteMolek betul harga bantal macam tu. Alhamdulillah semoga kita sama-sama tidak lupa untuk mencarum khairat kematian
ReplyDeleteGodaan betullah tengok gambar kerepek tu
ReplyDelete