Mulanya terkejut, sebab tak pernah tahu yang pokok Belalai Gajah ni jenis pokok yang mengeluarkan bunga. Selama ni Ummi tanam pokok ni melalui keratan batang.
Jadi, bila nampak merah² dekat hujung ranting, cepat² Ummi mendekat. Perasaan terkejut tadi bertukar teruja pula bila kali pertama nampak bunganya. Subhanallah tak sangka sungguh sebab selama ni nampak daun je pokok ni.
Banyak khasiat perubatan katanya...
"Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan."
(Wikipedia)
Ummi belajar makan daun Belalai Gajah ni dari Tok Umi. Daunnya dibuat sayur goreng belacan boleh, masak lemak boleh, ulam rebus pun boleh.
Senang nak tanam pokok ni. Cucuk² je batangnya atas tanah/dalam pasu. Rajin² juga siram baru daunnya cantik. Pokok yang berbunga 👆🏻 jarang dibelai, sebab di luar rumah. Daunnya jarang Ummi petik. Yang dalam pasu ni rajin dipetik, tak sempat nak berbunga agaknya :)
Lagi satu, pokok yang berbunga tu pokok yang dah matang. Batang dan daunnya warna hijau pekat, berbanding pokok dalam pasu ni.
Boleh di makan ye. Tak tahu pun. Macam pernah dengar pokok belalai gajah.
ReplyDeleteBoleh Kak Notie
DeleteSA ingat cara makan dia rebus minum air ke apa...rupanya boleh digoreng jugak ye....
ReplyDeleteRebus minum air ni utk buat ubat kot SA. Yg dimasak ni lebih kpd utk makan as sayur.
Deletemacamna rasanya ya jika dibuat ulam. pahit tak?
ReplyDeleteTak pahit sis... Takde rasa pun sebenarnya :)
Deletesedap kot ya kalau dimasak.
ReplyDeleteMacam tak pernah nampak pokok ni, kalau ada pun tak tau namanya.
Unik bunganya tu.
Camne eh nak describe ... Macam kita makan sayur pucuk manis tu Kak, takdelah rasa sangat pucuknya tetapi sedap. Gitulah hehe
DeleteOwhh..byk khasiatnya ni. Nnt bleh try cari & tanam =)
ReplyDeleteKalau tersesat ke rumah Akk, boleh je ambil benihnya Nieza 🤗
DeleteTak pernah makan, tapi pernah dengar tentang pokok belalai gajah ini. Apakah rasanya yer.
ReplyDeleteTakde rasa pahit atau kelat. Takde rasa, mcm kita makan pucuk paku atau kangkung rebus je
DeleteDulu arwah mak saya rendam daun belalai gajah dalam air panas, lepas tu minum airnya. Especially sebelum kena jumpa doktor di hospital. Hehe.. saya pun baru tahu pokok ni ada bunga, dekat rumah saya tak pernah berbunga, dulu la. Dah lama pokok ni takde, lepas mak meninggal, pokok ni pun mati.
ReplyDeleteSayang pokoknya mati.
DeleteAirnya diminum utk perubatan. Daunnya bila dah dimasak Sy tak pasti khasiatnya kekal atau tidak. Tapi Sy makan je :)
Cantik bunganya warna merah ya.
ReplyDeleteAah cantik... Cuma jarang nampak bunganya
DeleteCantik kan bunga belali gajah tu..
ReplyDeleteCantik Cg... Unik
DeleteJarang2 nampak bunga dia
ReplyDeleteWak pun mesti ada tanam pokok ni kan...
DeleteBaru tau daunnya boleh buat sayur. Apa rasanya tu sis?
ReplyDeleteTakde rasa haha ... I mean mcm makan kangkung, kangkungnya takde rasa kan. Tapi bila direncah dgn ikan bilis, cili bawang semua jadi sedap.
DeleteSenang tanam tapi banyak khasiatnya!
ReplyDeleteYezza
Deletetak pernah lagi jumpa daun belalai gajah, tapi arwah mak pernah cakap yang daun ni banyak khasiatnya untuk darah tinggi dan kolestrol..
ReplyDeleteYa PH pun dengar macam tu juga.
Deletecantik jugak bunganya tu.
ReplyDeleterasa pernah nmpk bunga ni...memang cute laaa
ReplyDeleteWah....ada bunga rulanya...cantik pulak tu...saya belum pernah tengok depan mata
ReplyDeletePokok ni ada tumbuh di rumah mak. Mak pulak tak tau siapa yang tanam dan apa nama pokoknya. Terkejut mak bila ada orang datang nak minta daunnya sikit untuk berubat.
ReplyDeleteBelalai gajah arwah mama dulu petik 3 helai rendam dlm air pastu minum
ReplyDeleteRasanya malam ulam rajalah kan
ReplyDeleteYg saya tahu tumbuhan kuping gajah, yg daunnya lebar sangat. Tumbuhan belalai gajah, baru kali ini tahu 😄. Tp bentuk daunnya familiar lah.
ReplyDelete