Wednesday, 4 February 2026

Sate Hj Samuri Tetap di Hati

Sementara Walid cuci mata di Butik Amru tu, Ummi ke Restoran Sate Hj Samuri, selang sepintu dua je dari Amru tu. 

Lama tak ke sini ... Dah bertukar wajah. Sekarang kaunter ni dah macam fast food restaurants punya kaunter. Nampak lebih bergaya dan setaralah dengan rangkaian fast food. Bagus, sebab jenama sate ni pun dah lama bertapak 👍🏻

Seingat Ummi, zaman Ummi belajar di uni dulu pun dah ada Sate Hj Samuri ni. Restoran dekat stadium di Kajang tu. Kali pertama Ummi makan Sate Hj Samuri masa di uni dulu (> 20 years) dah. Sate paling sedap dan premium la kot Ummi pernah makan time tu. Dekat kampung cuma beli sate di pasar malam. Itu pun jarang² sekali. Masa kerja pula bila ada jamuan, boss suka order Sate Hj Samuri ni. Satu ofis suka. 

Paparan menu di skrin 👆🏻
Buku menu pun masih disediakan. Makanan set dan ala carte selain sate pun ada. 

Makanan frozen..ada sate juga. Sayang, tak nampak pula tanda harganya. Berkenan dengan kuah kacangnya tu. Berat pulak mulut nak tanya dekat staff 😅

Ummi order 20 cucuk je. Balik rumah terus ngap. Lupa ambil gambar sebab dah lama mengidam :p 

Walaupun orang kata ada sate lagi sedap tapi bagi Ummi, Sate Hj Samuri tetap menjadi poojaan hati; dulu, kini dan selamanya, kot :D 


Tuesday, 3 February 2026

Amru I Butik @ Taman Melati

Ahad lepas kami ke Aeon Wangsa Maju, bawa Angah dan adik³ dia beli baju raya. Abang tak ikut, dia outing dengan kawan² halaqah. Kali ni bawa Abang, sambil² tu boleh redeem shopping vouchers yang dapat hari Ahad tu. Walid cuti lagi, cuti ganti sebab Thaipusam dan Hari Wilayah tu bertindih. Sampai Selasalah cutinya.

Balik dari Wangsa Maju, kami singgah Taman Melati. Walid nak ke Amru ni ...

Cantik betul butik ni, exclusive vibe
Berkenan Ummi dengan jubin lantai tu :) 

Produk yang dijual di butik ni adalah kelengkapan beribadah; sejadah, kain pelikat, kopiah, telekung dsbnya. Kain ihram pun ada. 

 

Packaging semua cantik, dan sangat sesuai untuk dijadikan hadiah. 

Walid pun mulanya tahu tentang produk jenama Amru ni bila nampak kawannya dapat hadiah produk Amru. Mulalah mencari² kedainya. Ada beberapa butik lagi di Bangi, Shah Alam... 

Produk berasaskan makanan Sunnah pun ada. Dalam gambar ni ada minyak zaitun dan jus delima. 

Walid beli kopiah jenis kait satu (RM 29). 
Ummi tak beli apa², dah sambar 2 helai blaus di Aeon tadi. 

Baju² Aranorissa ni cantik² la... Yang cutting Muslimah pun banyak juga pilihannya. Ummi beli 2 helai blaus yang ada sale 50% tu. Alhamdulillah rezeki la kan... 

Monday, 2 February 2026

Outing Halaqah Warsh

Abang dan kawan² Halaqah Warsh bersama guru halaqah Ustaz Rahim, berkumpul di Time Square Ahad lepas. 

Main bowling dulu... 

Kemudian Ustaz belanja makan di Richeeese ...

Ustaz order set 3 ketul ayam & nasi. Pakat nak tahap kepedasan #3. Pastu kepedasan 🤭

Afiq bagi Abang 2 ketul ayamnya, Abid bagi seketul. Abang pun apalagi, bawa balik untuk adik³ di rumah ☺️

Jaga Checkpoint Merentas Desa SRAI


Kali ketiga Ummi volunteer jadi penjaga checkpoint (CP) program Merentas Desa SRAI. Manakala kali pertama untuk Adik. Sebab hanya murid Tahap 2 saja yang terlibat. 

Laluan tahun ni, berbeza dari tahun lepas. Ummi jaga CP 31. 

Pasrah 🤭

Bangunan putih tu toilet muslimat. Ummi kena pastikan murid² berlari tepi tandas tu. Kalau ikut jalan yang ada pasu tu, akan ke masjid. Sebab tu la kena jaga sini. 

Ada kawan 😍

Atas bumbung pun ada... Banyak betul kucing dekat sini...

Buah ciku pun banyak... 

Awal² ni boleh la snapped gambar sana sini. Tapi bila peserta dah mula sampai, marilah kita fokus agar takde yang tersalah arah. 

Peserta pertama lintasi CP Ummi 💪🏻

Makin lama makin ramai... 

First girl 👏🏻👏🏻👏🏻

My girl 😍
No 19 💪🏻

Alhamdulillah dalam sejam dah selesai berlari. 
Tahniah Rumah Biru menang tempat pertama untuk acara Merentas Desa ni 💙
Tahniah Adik juga dapat sumbang 1 mata untuk Rumah Biru. Tempat 1-20 dapat mata untuk disumbangkan ke rumah sukan masing². 



Kerabu Sardin ala Kak Nab

Ada lebihan daun selom lepas buat laksa kelmarin. Daun selom ni antara ulam yang boleh kata wajiblah dimakan bersama laksa di tempat Ummi. Beli seikat je tapi banyak juga daunnya. Nak buat ulam mentah tak berapa laku di rumah ni. Kalau kerabu, In Sha Allah licin pinggan :) 

Kerabu Sardin Daun Selom

Idea ni Ummi ambil dari TT Kak Nab. Kak Nab guna daun ulam raja, Ummi ganti dengan daun selom. Apa yang ada lah kan. Kita buat dia :D 

Nak buat kerabu sardin ni senang saja...

1. Keluarkan isi ikan sardin dari tin dan hancurkan guna garfu. Ketepikan. 
2. Hiris halus daun selom, serai, bawang merah, cili padi dan sayur² pilihan. Ummi letak timun (ada baki suku batang). 
3. Dalam bekas, satukan sardin dan sayuran/ulaman tadi dan gaul rata. Perasaan dengan garam dan jus limau kasturi. Gaul sebati, sesuaikan rasa. Siap! 

Selamat mencuba 🤗 

#Malam ni malam Nisfu Syaaban, sama² Kita hidupkan dengan istighfar, zikir dan selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW. 


Sunday, 1 February 2026

Ayam Korea by Kakak

Malam tadi Kakak beraksi di dapur... Masak Ayam Korea kegemaran dia. Dan seisi rumah pun suka airtangan Kakak ni. 


Kepak ayam tu dia salut dengan tepung serbaguna kemudian goreng sampai golden brown. Lagi sedap rupanya guna chicken wings segar dari yang dah siap disalut tepung tu. Saiznya lebih besar dan fresh

Untuk sos, dia guna Sos Korea Adabi yang dimasak bersama madu, sos tomato dll. Dia ada keeper recipe, rasa pernah share dalam blog sebelum ni. 

Alhamdulillah.

#Maaf, tak sempat blog walking 🙏🏻


Al Fatihah ~ Uncle Hasnul

Salam takziah buat Cik Ana sekeluarga atas pemergian suaminya Uncle Hasnul kira² jam 9.00 pg tadi. 

Jumaat lepas arwah dikejarkan ke Hospital Selayang kerana tak sedarkan diri. Keadaannya dikhabarkan kritikal. Cadangnya hari ni kami nak ziarah, tapi Allah lebih menyayanginya. 

Jenazah dibawa dari HS terus ke Masjid Al Khairiyyah untuk dimandikan dan disolatkan. Selesai solat Zohor, dilaksanakan solat jenazah untuk arwah. Walid dan Angah ikut ke kubur manakala Ummi dan gegirls tumpang kereta Cik Aya balik ke rumah. 


Didoakan agar arwah ditempatkan bersama para solihin hendaknya 🤲🏻 
Semoga Cik Ana sekeluarga tabah dan kuat menghadapi ujian berat ini. 

Al fatihah.