Wednesday, 14 January 2026

Photodump Week 2, 2026

Balik dari pasar rasanya, nampak sebungkus Kopi Cap Gantang ni terselit di pagar. Tq Cik Leha. 

Cik Minah minta buah belimbing sebelum ni. Takde rezeki CM, Ummi baru kait masa tu, bagi dekat Cik Ros jaga SRA. Tuaian kali ni terus hantar ke rumah CM. 

Dah 2x Jumaat Angah bawa balik goodies dari kedai Arab ni... Depa bagi kurma dan bun kali ni. 

Inilah kerabu pucuk selom + tauge dan daun pegaga pemberian jemaah surau (minggu lepas). 

Kali ni tapau roti canai kari kambing dari warung Kg Sri Gombak Indah tu. Sedap! 

Khalid datang hantar soft cookies jualannya. K ni kawan SRAI & SMKA Abang. Support member meniaga :) 

Back to school.
Kenalah mengisi segala borang yang ada. Kerja Abanglah:) 

Cuaca cantik pagi 13/1 mengiringi perjalanan tuan puteri Balqis ke asrama ☺️

Cik Minah balas pemberian buah belimbing 👆🏻 dengan buah kedondong dan rambutan. 

Rambutan tu nampak ranum, tapi bila dikopek, masih cantik isinya. Pejal lagi 😋

Alhamdulillah. 

5 comments:

  1. Kopi gantang sedap kopi femes mai dari kedah na

    ReplyDelete
  2. Buah kedondong tu terliur saya PH....boleh imagine masam2 rasanya.

    ReplyDelete
  3. Syok makan rambutan siap kopek macam ni. Mesti rasa dia macam gula batu. Sy teringat jugak ada sebungkus kopi cap gantang pemberian kawan, tak buka lagi bungkusannya.

    ReplyDelete
  4. Packaging kopi tu tak nampak kopi....

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kerabu, eh...sedapnya kari. Isi rambutan tu rasa nak ngap saja. Hihihii.

    ReplyDelete