Thursday, 15 January 2026

LGK D1: (3) Langkawi SkyRex & SkyDome yang Mengujakan!

SkyCab

Mula tu macam nak skip SkyRex ni... Masing² dah kepenatan dan macam dah seronok sangat dah masuk 3D Art Museum tu. Ummi pula ingatkan SkyRex ni macam tempat ada replika dinosaur untuk bergambar macam tu la... 

Tapi, bila masuk dalam tu masing² kagum dan teruja dengan pengalaman yang dilalui. 


Masuk dalam dewan ni, kita akan naik simulator tram ke zaman pra sejarah. Nanti macam² la dinosaur keluar di sekeliling kita. Rasa dan nampak macam real. Bila dinosaur tu bergaduh, terasalah tram kita pun bergerak atau tertendang sekali. Menjeritlah apa lagi kan 😁 

Bagi kami sekeluarga yang pertama kali menikmati pengalaman begini, memang seronoklah. Masuk 3D Art Museum tadi dah rasa best sangat dah, masuk sini lagi best

Gambar memang tak ambillah dalam ni. Risau pulak phone terlepas dari tangan nanti, terkejut kena sergah dengan dinosaur 🀭

Selesai mengembara ke zaman pra sejarah, kami ke SkyDome pula. Jarak tempat² ni dekat dan bersebelahan je antara satu sama lain. Semua ni pun dah termasuk dalam tiket SkyCab. 

Langkawi SkyDome

Jumpa Boboiboy, bergambar dulu :) 

Adik dengan Yaya la kan... 

Dalam SkyDome ni ada tayangan misi menyelamat bumi oleh Boboiboy dan kawan²-nya. Boleh la layan :) 

Terasa macam kaca tu retak betul 😁
Power πŸ‘πŸ»

Alhamdulillah berjaya cover semua tempat yang included dalam tiket tu. Sebelum balik, Walid jumpa kawan sekolah menengah yang kerja di sini. Kawan Walid tu anak jati Langkawi dan rezekinya dapat menabur bakti di bumi kelahirannya sendiri. 

Sementara Walid berbual dengan kawannya, Ummi pekena coconut shake πŸ˜‹ 
Awal pagi masa sampai tadi, kiosk² jualan di luar Oriental Village ni masih belum buka. Masa nak balik, kebanyakannya dah buka. Ada jual minuman dan snek ringan² macam keropok lekor, goreng pisang dsbnya. 

Berhampiran dengan Oriental Village ni ada satu lagi tempat tarikan pelancong iaitu Air Terjun Telaga Tujuh. 

Kami sampai sini sekitar jam 12.45 t/hari. Tak turun kereta, sebab anak⁴ tak berminat untuk turun. Panas sebenarnya. Jadi, kami teruskan perjalanan. Misi seterusnya nak cari makan tengahari. Aktiviti sebelah tengahari/petang ni bebas je. Walid bawa kereta pusing² pulau dulu ... 


Pantai Awam Teluk Yu.
Sini ramai pelancong tempatan. 


Sampai di Pantai Tanjung Rhu yang sangat cantik! Bersih, indah terhampar laut membiru. Tapi, pantai ni tumpuan pelancong Mat Saleh. Ramai berjemur di bawah terik matahari. Kita ni turun bergambar sekejap pun rasa nak cepat² masuk kereta cari aircond. Depa steady ja sunbathing


Sampai kawasan hujung Tanjung Rhu. Sini tempat pelancong naik bot untuk aktiviti island hopping dan mangrove tour. Ada pantai awam juga dekat sini. 

Dah lapar nasi, jom la patah balik ke pekan... 





18 comments:

  1. Bestnya skyrex tu.. dia ala rumah hantu tp dia keluar dinosaur kn? bilalah nk bawak #theIMANs ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la kakmim. Cuma kita tak perlu berjalan, duduk je dlm tram tu. 4D effect katanya.
      Ada rezeki datanglah, berbaloi sbb Langkawi ni sesuai utk family vacation.

      Delete
  2. Akak pernah alami yang macam skyrez tu siap ada air lagi kalau dalam movie tu kena air. Dengan kerusi tunggang-langgang ikut cerita dalam movie gitu tapi best. Orang tua jadi budak jap. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat genting ke Kak?
      Part jadi budak² tu best Kak haha... Umminya lagi excited dari anak² 🀭

      Delete
  3. Tak pernah sampai Langkawi .. Kalau Aryan tengok boboiboy ni mesti ajak nak pergi sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkawi best Naniey, boleh la bawa anak² ke sana.

      Delete
  4. Berbaloi la beli tiket kalau berjaya cover semua tempat yang included dalam tiket tu. Penat tu takpe, nanti lepas tu boleh rehat. Bukan senang tu nak kumpul semua anak-beranak pergi sekali. Nanti kalau abang dah masuk U, lagi leceh nak berjalan sebab cuti tak saing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK.. alang² dah sampai pun, rugi kalau tak masuk esp yang dah masuk dlm harga ticket tu.

      Delete
  5. saya suka pantai tanjung rhu tu! cantik sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik MZ. Tengok depan mata lagiiiiii lawa

      Delete
  6. best dapat cover semua kan..yang penting anak- anak happy dapat explore...

    ReplyDelete
  7. eh kami pun ke langkawi awal tahun baru haritu...langkawi panas lit-lit haritu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la baru perasan gambar dekat Telaga Mahsuri tu...tak berjodoh kita

      Delete
  8. Langkawi ni terkenal di Malaysia, rasanya nak visit Langkawi tapi bila..harap ada peluang travel dalam negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput datang Cikgu.... Banyak tempat & aktiviti menarik di Langkawi

      Delete
  9. Banyak dah tempat menarik kat Langkawi. Bila lah nak jejak ke sana lagi ni.

    ReplyDelete
  10. Aiiiiih langsung teringin ke Langkawi kaaaak 😍😍😍😍. Itu skyrex confirm saya pun senaaaaaang sangat kalau bisa naik πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Memang paling sukalah yg 4D simulator macam nih.

    Kalau skyrome, anak bungsu saya akan puas pose dengan Boboiboy. Panggilan dia zaman kecil dulu Boboy, saking sukaaaanya dengan Boboiboy 🀣🀣🀣.

    Ntahlah kan orang2 puteh nih. Suka sangat kulit jadi tanned. Kita pula, berusaha tutup semua kulit biar tak tanned 🀣🀣

    ReplyDelete