Friday, 9 January 2026

Kakak ~ Road to F1

Bila selesai buat pengesahan di sekolah pilihannya, barulah Ummi buat kemaskini di sekolah feeder dan penolakan tawaran di sekolah² lain. 

Selesai alhamdulillah. Semoga ada rezeki untuk team rayuan. Banyak kisah tahun ni, semoga baik² untuk semua hendaknya 🤲🏻 

Ada kawan suggest pergi Hari² untuk cari tudung labuh. Mak ai, macam shopping raya zaman sebelum Covid dulu. Sesak dan padat dalam kedai...sambar je apa, bayar dan cepat² keluar. 

Shopping buku, uniform sekolah dan kelengkapan asrama. Baju batik asrama kena jahit sendiri, dapat kain je. Harap adalah rezeki jumpa tukang jahit sebab now banyak dah tailor tak ambil tempahan dah sebab fokus jahit baju raya. Aunty Sarah tailor Ummi tengah sarat mengandung, kalau tak mudah la kan... 

Beli baju kurung pesak untuk kegunaan waktu prep. Pertama kali beli online, besar sikit. Next time order dah tahulah saiznya yang betul. 

Medical check up

Borang² pun semua dah disahkan. Abang Angah bawa ke pejabat masjid masa solat Jumaat. 

Alhamdulillah ada tailor sudi ambil tempahan baju batik asrama Kakak. Lagi best, dia cuba siapkan dalam masa 2 minggu. Terima kasih orang baik! 

Semoga takde yang tertinggal dan dipermudahkan urusan untuk pendaftaran nanti 🤲🏻


7 comments:

  1. meriah kat kedai2 yg menjual peralatan sekolah (buku, baju etc)

    ReplyDelete
  2. Miss pulak zaman preparation anak ke sekolah. Moga dipermudah kan semua urusan nya PH

    ReplyDelete
  3. Kakakpun ikut langkah masuk sekolah sekolah asrama agama.
    Kena jahit sendiri ya baju batik asrama.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tertinggal cerita kakak dapat asrama. Nanti kita scroll ke bawah. Apapun kita ucap tahniah dulu, kakak!

    ReplyDelete
  5. Sibuk ya, PH. Uruskan kakak nak masuk asrama. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. new journey kakak ke alam persekolahan menengah plak...all the best

    ReplyDelete