Minggu ni memang aktiviti mak² seluruh Malaysia mengintai anak² rasanya... Tak kisahlah anak masuk tadika ke, darjah 1 ke hatta Tingkatan 1 pun. Yang anak masuk asrama, pantang cikgu up gambar laju je teropong anak masing². Kan Linda? ๐
Alhamdulillah cikgu² dan warden sekolah Kakak rajin sungguh berkongsi gambar. Terubat juga rindu Ummi kepada anakanda nan seorang ni.
Menikmati makan tengahari kali pertama di dewan makan bersama kawan² baru.
Pagi Jumaat ada sesi senaman. Kemudian naik kelas untuk gotong royong. Senyum je tu, lega hati Ummi.
Alhamdulillah so far so good. Cumanya adalah nangis² sikit masa awal² tu. Sikit je tau Uncle Gedek :p
Biasalah tu, sementara nak biasakan diri.
Ummi tau Kakak strong ๐
Semoga baik2 sahaja untuk si kakak
ReplyDeleteAlhamdulillah so far so good ๐
DeleteBelum ada sindrom intai anak buat masa ni. Hihi.
ReplyDeleteJom join the club hehe
DeleteAlhamdulillah.. bagus kakak gembira.. abang mu'az merengek kat ibu dah nak keluar asrama.. haduih, dari ibu seronok nak jawab telefon..jadi risau pula nak angkat, takut jadi ghimau.. hahaha..tapi tadi wak mas dah DTG melawat..ok je nampak pula..adoi..drama lah..
ReplyDeleteAbg Muaz mcm Angah dulu la... Takde kawan katanya. Masuk asrama 2-3 hari sblm puasa, homesick berjemaah la :)
DeleteBila dah dapat kawan tu, seminggu sekali pun payah nak call ๐
AM pun lama² okay tu, sementara nak biasa.
Baiklah... uncle percaya nangis sikit...
ReplyDeleteTapi dalam kereta nangis banyak kan? Hehehehe
๐คญ
Deletesronok tengok ibu bapa share pengalaman anak2 baru masuk sekolah. anak buah saya yg nombor 2 baru masuk sekolah rendah tahun ni :D
ReplyDeleteAla, kecik lagi anak buahnya :)
Deleteall the best utk kakak!
ReplyDeleteAlhamdulilah PH....dah mula menyesuaikan diri. Dulu kan AE masuk asrama....2 minggu tak campur dengan orang. Haha. Asyik menangis je.
ReplyDeleteAlhamdulillah .. minggu penyesuaian...
ReplyDeleteSiap ada demo gosok baju by kakak senior.
Teringat dulu masa masuk form 1 parent tak tunggu. Lagipun rumah memang jauh kena naik bot 4-5 jam perjalanan. Papa tak boleh tunggu. Lepas daftar terus balik.
haha acha antara anak yg cikgu dia kerap up gambar . maka 5 tahun kat asrama memang kerja intai dia je . dari belakang pun boleh cam sebab kenal botol air dia
ReplyDelete