Singgahan pertama di R&R Tapah untuk toilet break. Ummi beli keropok lekor, Walid beli kopi.
Singgah lagi untuk toilet break di R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah). Walid beli roti kahwin. Makan lagi :)
Singgah sat di Butik Kak Nab (Tik Toker) di Mentaloon sebab ada sale hujung tahun katanya. Tak banyak barang yang tinggal, last day sale orang dah grab awal agaknya.
Late lunch di sebuah warung masakan kampung di Pumpong. Lauk dah hujung² tapi ada sup daging panas² atas kuali, minta semangkuk. Berseleralah makan ada sup panas.
Petang keluar ke pekan Jitra. Wajib singgah beli Nasi Lemak Bundle depan SMK Mahawangsa. Nasi lemak bungkus dgn pelbagai jenis lauk. Padu!
Tujuan utama ke pekan Jitra nak ke Nagoya. Pergi M3 Mall bulan lepas, Nagoya dekat situ dah pindah ke Aeon Big Wangsa Maju. Suka brli kain di Nagoya. Selain banyak pilihan dan lebih murah jika nak dibanding dengan jenama popular lain, sales assistant Nagoya tak pushy.
Tenang, damai dan mesra ❤️
Alhamdulillah.
#maaf tak sempat blog walking 🙏🏻
Alhamdulillah seronok kan balik kampung.
ReplyDeleteSeronok sangat Kak Notie :)
DeleteBanyak aktiviti ni bila balik kampung. Semoga dipermudahkan semua urusan PH sekeluarga.
ReplyDeletePadat dan sendat aktivitinya SK hihi
DeleteAkhirnya setelah lama tidak pulang ke kampung.
ReplyDeleteWah cari kain untuk baju raya ya? Maknanya bukan beli baju dah siap.
Betul, kali kedua balik kampung tahun ni :)
DeleteUtk husband & Abang je tempah. PH & the rest beli siap In Sha Allah
gambar last tu cantikkk nampak damai sgt!
ReplyDeleteKan MZ... Seronok bila balik kampung, petang² boleh keluar tengok pemandangan
DeleteWahhh...Best ni dpt blk kg =)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki akhir tahun :)
DeleteTu diaaa... sampai Kedah dah...
ReplyDeleteSelagi tak sampai destinasi memang ada je benda yang nak dibeli... nak bagi hilang ngantuk driver (+ rakyat jelata 😆)
Betul Kak, ada makanan baru tak ngantuk hihi
Deleteseronoknya balik kampung... gerak pukul berapa tu? sempat lagi membeli belah di waktu petang di kedah... jalan tak jem ka?
ReplyDeleteKitorg balik ahad, tak jammed Linda. .. malam tak yah masak, itu yg sempat bershopping hihi
DeleteSelamat bercuti balik kampung. Seronoknya kampung jauh dapat merasa vibes balik kampung.
ReplyDeleteSeronok tu seronok tapi penat Cie haha...
DeleteSaat ini PH dah bw kat blog. Terima kasih bertandang. Wahhh seronoknya PH balik kampung....hati girang....
ReplyDeleteFree² kita bw kejap Ezna... Fomo wpun balik kampung ahaha 😂
Deleteseronoknya balik kampung. jelly bersusun susun tu macam ada birthday party pulak. excited tok umi nak sambut cucu!
ReplyDeleteSeronoknya, balik kampung. Cantik betul gambar last tu.
ReplyDeleteAiiih senangnya bisa balik kampung kak 😍😍😍😍. Saya baru sekali ke Kedah, zaman kuliah dulu. 1 teman orang Kedah, jadi pas cuti sem, saya ikut dia ke kampungnya. Dari Penang dekat je kan.
ReplyDeletePaling sukaaa kalau ke suatu toko dan sales assistant tak pushy. Rimas lah kalau ketemu yg maksa untuk beli
Wah PH balik kampung..seronoknyaaaa...
ReplyDelete