Saturday, 3 May 2025

Kakak ~ KAMIL Sekolah

Macam² acara KAMIL Kakak dah cuba; dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri. 

Tahun lepas dia masuk acara Solat Jenazah peringkat zon dan acara choral speaking untuk peringkat negeri. Adik pun joined juga. 

Kali ni Kakak cuba acara Nasyid (P). Alhamdulillah terpilih. Tapi dia tak mau nyanyi, nak main percussion je. Program KAMIL Sekolah ni pertandingan antara rumah sukan. Kakak wakil rumah biru. 

Satu team 5 orang je. 

Alhamdulillah dapat #3. Beza markah #1,2 & 3 ni cuma 1 markah 1 markah je. Itulah rezeki namanya kan... 

Tahniah Kakak dan kawan⁴ 💙

Keputusan lain ... 


Tahniah rumah biru, banyak menang acara lain juga 👏🏻👏🏻👏🏻




Friday, 2 May 2025

Recap ~ Week 17, 2025

Week 17: 23/4-29/4/2025

Tumpang bangga, program yang Biro Kebajikan usahakan dapat perhatian pihak alumni uni. Berita ni keluar dalam Buletin uni. 

24/4 result SPM 2024 keluar. 
Tahniah utk semua, termasuk Haziq, sepupu depa. Ibunya beli kek, sekali dgn sambut bday Alya. 


26/4 = 27 Syawal, Kakak berjaya habiskan Puasa 6 alhamdulillah. Dia requested nak makan keu tiau goreng. Abang pun berjaya juga habiskan Puasa 6-nya. Diorg tak puasa straight 6 hari; ada kekangan aktiviti sekolah la, tak sihat la jadi bila dapat habiskan Puasa 6  tu rasa syukur sangat. Tahniah Abang & Kakak!  

27/4 Nak keluar pergi open house surau, nampak si Peah dah beranak! Aduhai, Jumaat Sabtu Ummi kemas beranda, Ahad dia pi beranak dekat situ 🙆🏻 

28/4 Walid ada roundtable meeting plus jamuan raya dekat KL. Yang best-nya naik LRT lengkap berbaju Melayu dan samping hehe... Tapi Walid kata kalau hari Jumaat biasa je nampak orang lengkap berbaju Melayu ni. Ialah nanti nak solat Jumaat kan... 


29/4 Sembang kari dengan Cik Ita 😁

Thursday, 1 May 2025

Cuti 1 Mei

Credit sourse.
Comel, simpan sini la :D

Nama je cuti tapi full of activities. Tapi itu yang best bila cuti dimanfaatkan sepenuhnya kan... 

Walid pagi² dah ke sekolah.
Ada sesi kenal mengenal ahli KSIB SRAI yang baru ditubuhkan. Tak ramai yang dapat hadir tapi okaylah utk permulaan. 

Sebelah petang Ummi joined AGM alumni kami. Depa buag physical meeting di Putrajaya tapi Ummi tak pergilah sana. 

Sedap nampaknya depa makan²... AGM + jamuan raya. Mommy Zya pun turun dari Tepen utk ke AGM ni tapi itulah takde rezeki nak jumpa dia. 

Selepas Isyak pula kami joined majlis bacaan Yasin utk anjuran KSIB F5. Ni kira kicked off la untuk sesi seterusnya yang telah dipersetujui oleh parents F5. Ayah² akan bergilir² lead bacaan Yasin ni. Semoga Allah SWT berkati usaha kecil kami ni dan menganugerahkan kejayaan cemerlang buat semua anak² Batch 08 dlm SPM nanti 🤲🏻 

Ni usaha parents, anak² sendiri pun ada usahanya 👇🏻

Padat jadual Abang semalam... 
Hari tu dia mengadu penat... 
Kuat ye Abang, bukan senang nak senang 💪🏻

Penutup sebelum tidur. 
Orang makan kek petang², anak² kami makan Kek Tapak Kuda after dinner :D 
Tq Malika bagi KTK ni dekat Adik 🫰🏻



KLMJ #2

Macam biasalah bila mengemas, Ummi suka mengulit kenangan. Itu yang suka kemas sorang², boleh layan perasaan sambil² mengemas. 

Ummi bukan saja kemas beranda tapi juga sorting baju untuk program pengumpulan baju di Masjid Ar Rahimah Greenwood last week.  

Ada satu storage box tu barangan/pakaian anak⁴ masa baby ... Kali ni baru ada kekuatan nak 'berpisah' dengan barang² ni... Sebelum ni kemas, simpan balik dah berapa kali dah 🤭

Mittens & booties yang belum guna ni Ummi let go. Yang warna hijau tu  baju kurung dari kain sari. Kainnya Walid beli di Mumbai

Lemek/lapik tidur Abang. Yang ni Ummi belum kuat untuk lepaskan. Besar sangat maknanya kehadiran Abang dalam hidup kami, selepas 5 tahun menunggu zuriat 🥹 
Of course la kehadiran anak³ lain pun setiap seorang tu membawa makna yg sangat besar dalam hidup Ummi Walid. Lemek ni memang keempat⁴ anak guna sebab sangat sentimental nilainya bagi Ummi. 

Dress Adik pakai masa kenduri aqiqah dia. Dress ni Makngah Fiza hadiahkan... 
Anak singa tu sibuk je, orang mengemas dia pun nak mengemas (baca: mengacau) haha... 

Barut baby 🤩
Yang sebelah tu bengkung moden, sangat mrmbantu ye esp bagi yang C-zer. Nak pakai senang, ada strap

Tali dan casing luggage bag masa gi haji. 
Jubah putih Ummi pakai masa wuquf manakala yang merah ni Ummi beli di Mina. 20 riyal je rasanya. Jubah biasa je, buat salin² di sana. 

Jubah untuk Kakak. Untuk Ummi pun ada, kiranya sedondon la kami 2 beranak. Beli di Madinah jubah ni. 

Ummi gi haji umur dia genap 10 bulan, hari berangkat tu. Kami balik haji, dia dah 11 bulan ½, dah mula nak bertatih. Allahu Akbar, bila ingat balik memang syahduuuu, auto mata berair ☺️

Dah penat mengemas dan penat melayan kenangan pi la beli kopi sat...

 Kitanya old school wakkkkk, beli 
Kopi Ais Mamak jer ... :D 

Sudi² baca: KLMJ #1 🤗




Wednesday, 30 April 2025

Make Nasi Dage

Sebelum tu, nak simpan sini gambar super cantik yang Ummi rakam pagi tadi. 

Lawa kan? 

Selesai urusan sekolah anak², pergi sarapan di Tuu Dok Ko

Kali ni Ummi make nasi dage Ike aye :D 
Betul tak sebutan/ejaannya tu? 
Nak letak  topik bekfes di TDK ni dah 2x kot  buat tajuk sama 😁 

Sedap secukup rasa semuanya, seperti selalu. 

Lately suka minum Kopi Ais pulak Ummi ni...

Tapau Laksam sebekas untuk lunch. Sebab dah makan berat masa breakfast, lunch nak yang light² je la kononnya tu. 

Berjayalah tak makan nasi tengahari tu, habiskan laksam tu. 

Tapi perut Ummi ni mana maunya takat makan laksam tu ...


Pukul 3 lebih masuk dapur... 
Masak megi 😁 

Sebenarnya bukanlah sebab lapar sangat, tapi teringin. Gara² terpengaruh dengan Tot :) 
Tot pula terpengaruh dengan Linda. Berjangkit² pulak fenomena makan megi ni 😆



Tuesday, 29 April 2025

Bunga Tapak Kucing

Tertarik Ummi dengan komen yang ditinggalkan oleh Tn Taufik dalam entry "Si Dia Muncul Lagi" 

Serious, first time dengar nama pokok ni. Seram ye namanya tu... 

Jadi, Ummi pun Google... 

Memang wujud ya Pokok Tapak Hantu ni. 
Cuma tak sama dengan si ungu di laman Ummi tu. 

Meter nak tahu tu makin meningkat, jadi Ummi teruskan pencarian... Dengan keywords 'bunga tapak', Ummi jumpa beberapa lagi pokok dengan nama pangkalnya tapak antaranya  Pokok Tapak Harimau. Pun first time dengar juga ni. Kaya sungguh alam kita dengan kepelbagaian ciptaan-Nya. 

Akhirnya jumpa juga jawapan dari blog Jom Tanam Sayur 🤩

Nama si cantik manis ni ialah Bunga Tapak Kucing

Tqsm TT bagi idea nak cari nama bunga ni 👍🏻






Masak Asam Pedas Ayam

Yakin sungguh Ummi nak try pes asam pedas yang sangka Ummi ada dalam kotak Doraemon di dapur tu. Selongkar sana, selongkar sini nan hado. 

Sudahnya ambil cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas dan belacan sikit masuk dalam blender bersama minyak masak sikit, air sikit lalu dikisar halus. 

Panaskan minyak, masukkan serai yang dah diketuk dan bahan kisar tadi. Tumis hingga pecah minyak 2-3 kali pun takpe. Lagi sedap... 

Kemudian masukkan ayam dan air asam jawa. Masaklah hingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum, bunga kantan, biji lada hitam (stok beli di Pekan Sehari Temerloh  masih ada, dari buahnya hijau dah bertukar warna hitam :D) serta garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Renihkan seketika dan masukkan tomato. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api. Siap. 

Hasilnya 🫰🏻

Goreng juga ikan bawal dan buat cabai kicap. 

Sayur Sawi Putih... 
Ayam Masak Kicap tu Walid beli. 

Alhamdulillah. 

#mthqk2025 & Musim Haji 2025

Baru sedar malam tadi Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran 2025 (#mthqk2025) dah masuk malam kedua. Jarang buka siaran TV sekarang ni malam hari sekolah. Tapi rezeki malam tadi, buka TV1 nampak siaran langsung #mthqk2025 ni. 

Perlis jadi tuan rumah kali ni... 

Buka TV nampak Qariah WP sedang memperdengarkan bacaan. 

Barisan para hakim...

Ada rezeki malam ni boleh tengok lagi....sebelah siang ada majlis hafazan rasanya. Hari ni terlupa pulak nak tengok plus ada urusan juga tadi. 

#mthqk2023  ada Ummi coretkan di blog ni, yang tahun lepas takde pulak atau Ummi just selit je dalam entry lain kot. Rasanya ada sebzb qari favorite Ummi, Ustaz Muhammad Husaini Mahmur dari N9 menang tahun lepas. 

Hari ni juga penerbangan pertama jemaah haji kita telah berangkat ke tanah suci. Dah masuk 1 Zulqaedah kan. Alhamdulillah ada juga saudara dan kenalan rapat kami dipilih menjadi tetamu-Nya untuk musim haji tahun ni. 

Semoga dipermudahkan urusan haji untuk semua jemaah, diberi kesihatan yg baik utk beribadah, selamat pergi dan balik serta beroleh haji mabrur hendaknya 🤲🏻 

Monday, 28 April 2025

Jumpa Dentist 2.0

Adik kan dapat surat mohon kebenaran cabut gigi  minggu lepas, tapi awal² dia cakap taknak nurse tu cabut, garang katanya 🫣 

Dia nak ke Suriani Dental, Doc situ baik kata dia. Ummi pun on je la. Jadi buat appointment untuk Adik dan Ummi juga. Kan gigi Ummi sakit bulan puasa hari tu. Minggu lepas sakit tu berulang sampai bengkak jugalah gusi. 

Steady je Adik nak jumpa dentist 👍🏻
Umminya yang berdebar haha ... 

Masuk bilik rawatan, alhamdulillah dentist yang sama tampal gigi Ummi bulan 10 tahun lepas. Doc pun ingat Ummi lagi 😄 Ummi memang harap dapat Doc ni sebab she is very nice and gentle

Bila diperiksa, rupanya gigi Ummi yang sakit tu geraham bongsu. Boleh tampal temporarily sebab solusi untuk geraham bongsu ni cabut je. Tampal je la Doc, sebab gigi tu elok je kedudukannya bukan berlapis atau menindih gigi² lain. 

Selesai kes Ummi, Doc yang sama juga treated Adik. Ummi masuk juga sebagai peneman. 

Ikut surat tu Adik kena extract 2 gigi susu (gigi depan, bawah). Tapi geraham atas dia ada nanah jadi Doc treated yang tu dulu. Buat rawatan akar utk gigi susu (kos RM250). Gigi bawah tu Doc cabut 1 saja. Yang lagi satu Doc advise bagi tercabut sendiri je since Adik pun dah 9 tahun. Tapi anak⁴ Ummi ni gigi susu depa kuat dan sihat, darjah 6 pun belum habis salin gigi. Kakak pun gigi gerahamnya (gigi susu) baru je 2-3 minggu lepas tercabut. 

Kita tengok je la kan, kalau lama sangat nak tercabut tu, mungkin jumpa dentist semula. Taknak la gigi berlapis pula nanti atau kedudukan gigi kekal tak sekata nanti. 
Semoga dipermudahkan 🤲🏻


Jamuan Raya SRAI

Cerita Jumaat lepas, 26 Syawal. 

SRAI buat jamuan raya. Kali ni menu lebih bebas w/pun setiap darjah tu sekolah galakkan bawa menu yang diberi. Tujuannya agar tidak membebankan ibu ayah. Sekolah pula sediakan nasi minyak dan bakso. 

Untuk T6 menunya pasta (tiada paksaan). Kakak requested pasta carbonara tapi sos carbonara habis jadi Ummi gantikan dengan pasta goreng letak Cheese & Herbs sauce

Letak sos ni memang sedap berlemak ye pasta kita. 

Letak chili flakes bagi ada rasa pedas² sikit, lagi sedap. Ummi campur 1 peket spaghetti, 1 peket fettuccine. Alhamdulillah licin, sekali dengan sudip hilang tanpa jejak 😆

Adik pula ikutkan cikgu suruh bawa teh bunga. Mana maunya dia....dia tak minum chrysanthemum tea jadi Ummi suggested bawa air Twister ni. 

Adik dan kawan² serta guru kelas. 

Bergambar juga ikut warna baju raya.
Adik pakai baju lama Kakak, warna soft pink. Kakak pula pakai baju raya ke-2, hijau. 

Ini makanan Adik tapau.

Yang ni Kakak bawa balik.
Dapat juga upah RM5, tolong cikgu² kemas dewan lepas majlis. Dadih comel gambar atas sekali tu Cg Tika bagi. Cute kan? 


Alhamdulillah selesai dah jamuan raya anak⁴ Ummi. Yang tak habis beraya lagi Walid depa 🤭 
Ada lagi jemputan dan jamuannya.