Friday, 19 December 2025

Terima Kasih Cikgu 🌹

Memang berhajat nak belikan cikgu² hadiah sempena Kakak habis sekolah ni. Ada dah cadangan hadiahnya. 

Tiba² dapat tahu 11 orang cikgu termasuk beberapa orang cikgu senior yang mengajar Abang dulu pun dapat surat pertukaran. Ada yang nak bersara awal dan ada juga yang bertukar daerah. Yang nak berhenti jadi guru pun ada. Jadinya dengan bajet yang ada tu, Ummi terpaksalah lebihkan kuantiti. Mampu beli hadiah mur-mur je untuk cikgu². Seboleh mungkin nak bagi semua dapat, termasuk cikgu² yang ajar Kakak. 

Mula² terjah Ninso... 

Kemudian singgah Mr Diy pulak. 


TQ card tu minta depa tulis sendiri ucapan kpd cikgu.

Cg Murni nak bersara awal. Tak silap Ummi dah 22 tahun di SRAI. CM ni pernah jadi guru kelas dan guru Al Quran Abang juga dulu. 

Belikan juga hadiah untuk Naurah. 
Hari tu kan Naurah bagi jam untuk classmates dia... 

Ini pula Ummi tolong balut hadiah untuk besties Adik; Ika & Insyirah. Lagi satu tu hadiah birthday untuk Hannan.

Semoga cikgu² terima dengan besar hati hadiah tak seberapa dari kami ni. Jasa cikgu² didik anak⁴ kami tak mampu dibalas pun. Hadiah ni sekadar tanda ingatan dan kenangan untuk cikgu² 🌹




2 comments:

  1. Cie baru ni beli kat Shopee je untuk guru2 KAFA. Kita tak mampu balas jasa mereka mengajar anak2 kita. Dapat bagi hadiah tak seberapa je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang²nya ada lah juga tanda ingatan dari kita kan Cie. Selebihnya kita iringkan DOA utk cikgu² agar sentiasa dlm kebaikan dan beroleh keberkatan hidup.

      Delete