Saturday, 15 November 2025

SARA 2025

Alhamdulillah merasa juga duit bantuan kerajaan iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah). 


Awal² dulu iaitu mingggu 31/8 tu sistem tak berapa stabil dengarnya. Ramai yang serbu pasaraya dsbnya untuk tebus SARA ni. Jadi Ummi simpanlah dulu. Walid pula awal² dah guna SARA dia. 

Pembelian pertama Ummi buat pada 18/10/2025. 

4 barang pun dah >RM50 :( 

Kali kedua, pun shopping di TMG juga...

Kali ni 7 barang, RM43.35.

Wafer sticks tu Ummi nak bayar cash ikutkan, tapi cashier dah scanned dan dia kata boleh guna SARA. Kira kategori biskut² la kot...

As to date, ada baki lagi RM4.70 lagi. 
Don't worry, Ummi akan tebus sampai bakinya RM000.00 :) 

Alhamdulillah masa Belanjawan 2026 hari tu PMX umum ada pemberian SARA untuk kali kedua iaitu pada Feb nanti. 

Tahun depan Abang masuk 18 thn, ada rezeki dapatlah In Sha Allah. 

16 comments:

  1. Alhamdulilah PH...Ni ada baki sikit lagi nak guna untuk beli beras.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Saya pun dah gunakan SARA, beli beras dll.

    ReplyDelete
  3. Oh ada lagi nanti ye. Seronok guna SARA ni benda free kan. Cie lama dah habiskan.

    ReplyDelete
  4. saya punya dh habis licin lama dah, kebetulan tghari td singgah beli beras kat speedmart, guna mr hubby punya! alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Biasa nampak pasaraya TMG ini dekat kuantan. Baru perasan ada cawangan di Selangor

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... dapat juga merasa. Nani masa nk byr kat kaunter TF tu lupa nak bagitau nak bayar guna SARA then cashier tu ckp sapa suruh tak bagitau. Dia dah scan dah. Lastly belanja kat 99speedmart.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, habis jugak tebus semua kan. kami satu family habiskan bulan 10 ritu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, saya dan suami pun dah habis guna SARA tu.. Barang kat Sabah ni lebih mahal, jadi xdapat banyak mcm kat semenanjung.

    ReplyDelete
  9. Dengarnya baki tu boleh forward dengan Sara bulan Feb tu nanti, PH. Tapi tak pasti la betul ke tak.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, merasa jugak kan? selalu tgk org je.. sy pun x habis lg guna... kalau boleh carry fwd ke thn depan ok lah

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..Linda suami isteri dah tinggal baki 0 sen dah..kikiki

    ReplyDelete
  12. Kat bangsa r ada satu TMG rasanya...SA pernah nampak dan pernah shopping situ...hehehe

    ReplyDelete
  13. baru terfikir jajan pun boleh tebus sara... rupanya kategori biskut.
    Next akak nak redeem sara asben.. ingat nak beli barang pencuci dan toilettries pulak.

    ReplyDelete
  14. kita ada lg baki blum abis lg tebus

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...dapat juga guna. Kena cari jumlah yang tepat tu nak bagi balance 0. Ooo tahun depan ada lagi ye. Dapatlah kita shopping lagi guna MySARA.

    ReplyDelete
  16. Wah bagusnya kalau tahun depan masih ada ☺️. Memang bisa terpakai untuk seluruh warga yg berhak

    ReplyDelete