Sunday, 16 November 2025

Bunga Convo

Masa Graduasi T6 tu Ummi hadiahkan bunga sorang setangkai untuk kawan² Kakak; Geng Adidas dan bestie dia, Medina. Idea ni timbul bila Ummi tengok rakan blogger kita Ezna suka raikan kawan² anaknya dengan pelbagai hadiah. Jadi Ummi pun ambil inspirasi dari beliau untuk menyantuni kawan² baik Kakak. 

Awal tahun hari tu Ummi hadiahkan flower bouquet gubahan sendiri untuk Adik dan Kakak sempena Hari Anugerah. Kali ni Ummi try buat untuk Kakak dan kawan²nya pula. Cuma Ummi pilih cara lebih mudah sebab nak sediakan untuk 7 orang termasuk Kakak. Idea nak hadiahkan bunga ni pun spontan jadi apa yang sempat je la... 

Rambang mata nak memilih sebab bunganya pelbagai warna dan jenis. Ummi pilih gerberas. Kali ni Ummi beli dekat peniaga lain, which is lagi banyak pilihan. Dia jual harga borong. 1 stalk RM2, beli 5 extra 1 rasanya. Lupa dah... Ummi ambil 7 tangkai gerberas dan 1 tangkai bunga lili (setangkai 3 kuntum). Semuanya RM19. 

Apa beza gerbera dan kekwa (chrysanthemum) ? 

Ok, clear tentang fungsi. Tapi rupa kadang tak boleh nak beza juga πŸ˜…

Dah ada bunga, kena cari plastik pembungkus pula. Syukur ada florist berhampiran market. Kedai buka pukul 9.30 kot, ke 9.00 pg. Ummi cuma ingat dia bagitau Ahad bukak pukul 10.00 pg. Plastic tu actually untuk 1 kuntum bunga ros tapi Ummi beli juga. Nanti adjust la bagi muat setangkai gerbera tu. Malas nak pergi cari tempat lain dah. 

Yes muat! 

Cantik betul yang ni... Dalam gambar macam pink tapi in real akan² warna light purple. Geng Adidas dapat warna ni. 

Alhamdulillah sekejapan je siap. 

Asalnya Ummi plan untuk Kakak gubahan bunga gerbera dan lili tapi Kakak tak suka bunga lili. Dia geli sebab stigma bunga lili tu meliuk² πŸ˜‚

Alhamdulillah diorang happy dengan pemberian kecil dari Ummi. Bagi Ummi ucapan terima kasih dah memadai. 

Tapi, bila ada yang tagged Ummi di status WA, terharu sangatttt! 

Bunga ni untuk Medina. Lain sikit warnanya dari Geng Adidas. Diorang ni circle lain² tapi Kakak & Medina bff since darjah 3. Masih kekal bersahabat baik. Asbab diorang berkawan baik, Ummi dengan Cik Tah pun jadi kawan. 

Hampir seminggu lepas majlis tu, Mama Nurin pula tagged Ummi. Betullah kata seller tu, balik rumah rendam dalam air saja. 

Ini kudup² bunga yang Ummi buang untuk bagi bunga muat dalam wrapper plastik tu. Ummi rendam dalam air, kembang elok dia. Berbaloi Ummi beli ... 

Gambar ni Ummi ambil genap seminggu lepas beli. Bunga lili dah mula kecut dan gugur kelopaknya. Walaupun bunganya dah layu, tapi memori tu kekal In Sha Allah. 






25 comments:

  1. betul ..bunga akan layu, akan hilang.. tapi kenangan akan berpanjangan dalam ingatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya adalah benda manis diorg kenang ttg Ummi Balqis ni :)

      Delete
  2. Alhamdulillah..seronok la anak² dapat bunga... Murah rezeki Ummi juga..

    ReplyDelete
  3. suka menyantuni anak- anak...eh SA pun suka bunga yang PH pilih tu...

    ReplyDelete
  4. Tentu seronok anak² dapat bunga dari PH. Cantik² pulak tu pilihan PH.

    ReplyDelete
  5. Niceeeee.... anak-anak pasti happy dapat bunga gini.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya bunga gerbera itu. Saya bari tahu bunga gerbera seiras drngan kekwa.

    ReplyDelete
  7. MZ suka semua jenis bunga! lately suka bunga lily cuma lom pernah beli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. If you had a chance singgah la market SG tu MZ, sebelah gerai santan, Chinese lady jual. Ada bunga lili juga. Kalau nak murah la :)

      Delete
  8. seronok kwn2 kakak dpt bunga juga....bila nk pilih bunga tu mmg rambang kalo smua berkenan dihati kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye MT... Ambil letak, ambil letak haha... Mujur seller tu paham :D

      Delete
  9. Replies
    1. Cantik kan nieyl... Ciptaan Allah sempurna sangatttttt

      Delete
  10. Ya allah sukanya post PH yang ni sebab banyak gambar bunga2. Cantiknya semua. Suka la warna bunga lilac tu. Suka juga gerbera tu....Bila bagi bunga kat kawan2 Dania udah beratur nak ambik gambar dengan Aunty Ezna pulak....malu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah warna lilac πŸ‘πŸ»
      Memang rambang mata bila tengok bunga² hidup ni kan...auto rasa happy dan tamak juga haha
      Tq Ezna selalu bagi inspirasi & idea utk sy ikut santuni kawan² anak juga 🫰🏻

      Delete
  11. Mesti seronok kawan-kawan kakak dapat hadiah bunga ni. Perempuan dapat bunga hati berbunga-bunga. Betul, kenangan tu tak akan layu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Niat Akk pun nak gembirakan dan nak diorang rasa istimewa as a wanita/girl.

      Delete
  12. Pandai sis gubah bunga, cantik2 semuanya 😍 saya ni takde tangan berseni tapi suka tengok bunga hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah buat raso² haha... Bunga hidup vibe dia lain kan, rasa special bila dapat @ beri kpd orang

      Delete
  13. Pasti senaaaang teman2 si kakak mendapat bunga juga 😍. Dan betul kak, kenangannya akan tetap melekat dalam minda mereka

    ReplyDelete