Tuesday, 18 November 2025

Abang ~ Sambut Bday w Halaqah

Jumaat lepas Abang potong kek birthday bersama rakan² sehalaqah. 

Abang dan Yusof berkongsi tarikh lahir yang sama. Kembar tak seiras langsung hehe... Sorang besar, sorang haluih kata orang Kedah 😁

Setiap tahun potong kek berdualah depa. Semoga anakanda berdua ni cemerlang di dunia dan akhirat. 

Untuk jamuan ni, Ummi tempah nasi minyak dari kantin. Makan waktu majlis bacaan Yasin tempohari, sedap rasanya. Jadi, order untuk Abang pula makan bersama Ustaz dan kawan². 

Alhamdulillah senang berurusan dengan pengusaha kantin ni pun. Jelatah Ummi minta ganti dengan buah dan lauk pun Ummi minta asingkan. Makanan banyak, masa pula suntuk untuk halaqah ni. Better pack asing² nanti masing²  boleh makan waktu rehat. 

Selain nasi minyak ni ada macam² lagi makanan sebab parents lain ada yang menyumbang duit untuk Ustaz beli apa yang patut. Parents Syaraf pun bawa makanan juga, sempena Syaraf khatam hafazan. Alhamdulillah 9/10 anak² halaqah Ustaz Rahim dah selesai hafazan 30 juzuk. Insha Allah seorang lagi otw. 

26 comments:

  1. selamat hari lahir.. moga sentiasa diberkati usia kehidupan

    ReplyDelete
  2. Seronok ada kawan tarikh sama.
    Alhamdulillah seronok budak-budak itu dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak² asrama dan makanan mmg best friend :p

      Delete
  3. Selamat Hari Lahir. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Bahagia di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin tq Aunty Ezna atas doanya 🀲🏻

      Delete
  4. Oh, berkongsi tarikh lain ni bagus boleh sambut sama² dan keluar belanja sama², ramai pulak yg dapat dikongsikan rezekinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK, kembar tak seiras langsung haha... Betul, boleh tong² duit buat majlis

      Delete
  5. Alhamdulillah.. tahniah semua anak2.. happy birthday buat abang dan Yusof, moga terus cemerlang..aamin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...Happy birthday Abang

    ReplyDelete
  7. Meriah dapat sambut dgn kawan2 πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Tahun last nak potong kek dgn kawan² Halaqah :)

      Delete
  8. happy birthday abang..anak soleh ummi walid ni moga sentiasa berjaya cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  9. sanah helwah buat abg & yusuf... ssmoga membesar menjadi anak2 kebanggaan keluarga, agama, bangsa dan negara. aminnn

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..Happy birthday buat kedua-duanya. Seronok sama tarikh lahir ni. Dapat juga berbahagi rezeki dengan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun last sambut bersama, buat la extra sikit :)

      Delete
  11. Senang order terus dari kantin sebab dah tau sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak... Sebab makan hari tu sedap, itu yg order. Masa baca Yasin tu anak² ni makan makanan DM. Jadi, makanan sedap tu order bagi depa rasa juga.

      Delete
  12. Hebaaaaat hapal 30juz yaaa ❤️❤️❤️. Selalu salut dengan anak2 yg bisa menghapal 1 Alquran ini.

    Selamat ulang tahun juga untuk Abang, semoga semakin diberkati dan dilindungi oleh Allah dalam hal apapun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kebanyakannya sudah hafal 30 juzuk Al Quran Fanny. Emangnya masuk sekolah ini aliran tahfiz, wajib khatam hafazan sebelum tamat sekolah.

      Aamiin tq doanya Fanny 🌹

      Delete