Rabu minggu lepas berjaya trekking hutan kecil yang Ummi teringin nak masuk tu. Ada dalam entry ni kisahnya. Ada hiker lain ajak Ummi join. Bagai orang mengantuk disorong bantal la Ummi pun.
Jom!
Lawa struktur tanah yang terhakis oleh hujan. Uncle Cina sorang tu bagitau Ummi everytime hujan, bentuk dia berubah. Ialah, hakisan air hujan berlaku sebab takde pokok yang cover tanah ni.
Hari tu Kak Rawiwa ada tanya, ada lagi ke hutan hijau² dekat Sri Gombak ni...jawapannya ada :D
Hidden treasure 😁
Sepanjang trekking ni dengar bunyi air ye... Kata diorang ada sungai nun di bawah tebing/cenuram. Takde access ke sana sebab semak dan curam.
Bila berjalan dalam hutan kecil ni teringat kenangan zaman kecil. Tok Wan selalu bawa Ummi dan kawan² sekampung masuk hutan cari hasil hutan; petai cambah, jering cambah, buah salak, buah rotan, cari pucuk ceperai, ulam umbut tepus dll ... Kadang Ummi ikut Tok Wan tahan jerat burung. Setiap hujung minggu pula ikut Tok kutip getah skrap. Macam² la kenangan masuk hutan, sebab tu Ummi suka hutan dan kehijauan.
Alhamdulillah berjaya juga sampai ke sini.
Keluar masuk hutan ni dalam 1km je kot. Dapatlah tambah jarak dan steps. Chaiyok!
bestnya trekking! ada pacat tak? MZ ni takut/geli dgn pacat
ReplyDeleteTakde MZ. Hutan bandar kot haha
DeleteAlhamdulillah...seronoknya nampak hijau je... refreshing...
ReplyDeleteAlhamdulillah take care pH...hiking Ni best sgt dpt tmbh step kuar peluh n fit
ReplyDeletePerghhh... dia dah masuk hutan pulak ya. Tak lama mungkin dah ada atas Bukit Broga, hihi.
ReplyDeleteTungguuuuuuu hahaha
Deletetercapai dah hasrat PH kan, Alhamdulillah.. cuma lately ni musim hujan agak bahaya untuk naik ke kawasan berbukit .. semoga yang baik-baik semuanya, aamiin
ReplyDeleteSemalam sampai atas bukit, hujan Kak Ana. Terpaksalah lari balik rumah haha
DeleteSeronok trekking macam ni...eh nanti join x Family Day? ada briskwalk gak macam sebelum ni...jommmmm....
ReplyDeleteLawa view kat atas ya, PH. Seronok dapat masuk hutan. Tenang je rasa tengok pokok. 🥰
ReplyDeleteLawanya view dia.. Alhamdulillah.. Riadah yang menyihatkan..
ReplyDeleteKalau gini selalu, sihat la badan PH kan....lepas tu berat pun boleh maintain.....suka sangat hijau ni sebab tenang je....lepas tu kalau terjumpa pula haiwan ke, serangga ke, bunga ke mesti best kan.....
ReplyDeleteSeronok PH ada memori gitu dengan Tok Wan. Dapat kenal pelbagai jenis hasil hutan.
ReplyDeleteWalaupun keluar masuk cuma 1km, tapi banyak dapat bakar kalori bila mendaki ni. Tak sama dengan jalan rata. Tahniah PH 👏🏽
best.. saya pun suka jungle trekking.. boleh dikatakan sekurangnya sebulan sekali saya akan mencari hutan hijau, alur jenih.. terapi untuk diri hilangkan stress hehe
ReplyDeleteHiking kat situ takde terserempak dgn 'capybara' ke sis? 😆 teringat dulu masa duduk dekat SG belakang apartment kiteorg tu kan ada hutan simpan, selalu je 'capybara' anak-beranak muncul tepi rumah nak cari makanan dekat area tong sampah besar luar apartment tu hehe
ReplyDeletecantik bentuk hakisan tu. tapi risau gak lama2 makin terhakis teruk pulakk
ReplyDeleteTanah bentuk hakisan tu kalau gambarnya di luar negara...pasti kita kagum kemain...Tapi sebanarnya untuk kita di sini pun Allah dah kurniakan ...pun cantik ..kan
ReplyDeleteoo ada petai cambah rupanya. Biasa nampak jering cambah.
ReplyDeleteharap-harap PH atau hikers lain dapat laluan ke sungai tu nanti...
Zaman kecil saya suka masuk ke hutan kecil belakang rumah di Aceh. Memang seruuuu, Krn banyak yg bisa dilihat. Pindah jakarta, wassalam lah. Tak ada lagi hutan2 begini kak. Masih bagus di sana tetap ada hutan hijau begitu 😍
ReplyDeleteBestnya. Ammi disini takde pun jiran yg pagi or petang keluar BW atau even duduk2 depan rumah. Terasa seperti katak dibawah tempurung pulak duduk di Seremban ni.
ReplyDelete