Tuesday, 28 October 2025

Rezeki dari Dungun

Awalnya Mama Afiq nak minta tolong Ummi tumpangkan Afiq balik dari Kem Rehlah Minda. Sebab mereka sekeluarga baru bergerak dari kampung, Dungun. Tapi pukul 2 tu dah sampai di Gombak. Pecut ke tu? Ahaha ... 

Walaupun tak tumpangkan Afiq, maknya tetap nak jumpa. Nak bagi ole²...

Sebanyak² alam dia bagi buah tangan ☺️

Abang kata maknya memang selalu balik kampung restock keropok² untuk depa sekeluarga. Ummi ingatkan buat jual, sebab untuk kami pun diberinya 2 pek keropok lekor, 5 pek keropok segera dan 1 bungkus besar keropok keping. 

Minta Abang tolong gorengkan,sebelum dia balik asrama. Dapat jugalah dia makan sama. 

Terima kasih banyak MA 🫰🏻

13 comments:

  1. sedapnya keropok lekor rasa macam dapat hadiah besar kan..buah tangan yang boleh buat kita senyum lama-lama ni PH..

    ReplyDelete
  2. SA baru ni beli lagi kat Tik Tok...suami ajak pi Kuantan re-stock keropok...ah buat kerja la aih...semata nak beli keropok pi Kuantan...jenuh la....rezeki PH nampaknya..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki tu. Banyak stok keropok buat kudapan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rezeki dapat keropok dari Dungun 😃. Sedap ni makan sambil tengok tv. Bancuh teh o panas. Yummeh!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki buat PH dan keluarga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki org yang memberi dan menerima..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, rejeki. Keropok ganu adalah torbaik! 👍😋

    ReplyDelete
  8. Lengkap semua jenis keropok dapat. Rezeki 👍🏽

    Teringat keropok keping kat rumah ni yang belum digoreng. Malas sungguh nak goreng, tak ada anak nak disuruh 😄

    ReplyDelete
  9. hujan hujan sedap mengudap keropok vs teh O panas

    ReplyDelete
  10. Kopok lekor sedap .Kene tunggu jumaat,beli yg mentah kt pasar malam..boleh 2,3 kali goreng

    ReplyDelete
  11. sedap tu..rezeki dr dungun..kita MIL br blk dr klate beli mcm2 juga

    ReplyDelete
  12. Banyak tuuu... rezeki.. rezeki.
    Senanglah bila abang nak tolong goreng keropok.

    ReplyDelete