Sunday, 26 October 2025

Recap ~ Week 42, 2025

Week 42: 15/10-21/10/2022

RABU Virtual brisk walk (ada ke?) dengan Mommy Zya. Tempat brisk walk dia best, Taman Tasik Taiping kot... Tapi itulah katanya, semangat takde. Itu yang kitorang sama² brisk walk w/pun hakikatnya seorang di Gombak, seorang di Taiping :) 

#Sama² kita doakan keselamatan dan kemudahan buat semua mangsa banjir di Utara. Daerah Larut, Matang & Selama (tempat Mommy Zya) antara yang teruk terjejas. 

KHAMIS Kakak bawa balik hadiah. Dapat #3 dalam kelas utk Projek Berkumpulan Rocket Air sempena Minggu Panitia Sains. Tahniah Kakak & team πŸ‘πŸ»

JUMAAT Abang bawa balik Nasi Beriani pemberian Adam sempena khatam hafazan. Tahniah Adam! 

SABTU Pergi kenduri Dato' Wira Won. Masa pergi Waze bawa ikut LATAR. Balik kami ikut jalan lama, lagi cepat :) 

AHAD Abang ada Kem Rehlah Minda, adik³ pula sakan mandi air terjun Sg Sendat

ISNIN Cuti Deepavali. Breakfast date dengan Walid. Anak⁴ dah besar, bolehlah dating selalu :)

SELASA Abang masak untuk lunch. Iye, telur dadar dengan sambal penyet jer tapi effort tu mahal πŸ€—


17 comments:

  1. moga hari-hari yang dilalui sentiasa memberikan kebaikan dan kegembiraan..

    ReplyDelete
  2. Time well spent dengan family & self-care (brisk walk) 🫢🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza.... Nikmati hari² yg datang selagi ada kesempatan ☺️

      Delete
  3. Nasib baik sg sendat orangnya tak sendat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha ... Awal lagi kot Uncle masa kami sampai tu

      Delete
  4. Daerah tu memang pernah juga naik air tapi masa tu kami nak pergi makan mi udang mak jah. Redah banjir dan dapat makan mi udang. Kanan kiri rumah ditenggelami air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Kira pernah rasa lalu / tengok banjir la Ezna ye...

      Delete
  5. sedap pula tengok telur dadar sambal penyet abg..rajin anak bujang masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia rajin, Ummi pulak malas hari tu ahahaha πŸ˜†

      Delete
  6. manis2 belaka kisah dlm recap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah harapnya yang manis² dan baik² saja utk kita semua 🀲🏻

      Delete
  7. Telur dadar dans ambal geprek itu pasangan sempurna lah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜. Saya kalau dah malas masak, memang selalunya goreng telur , pakai sambal yg selalu saya stok di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk selalu telur mata sapi sama kicap pun onz Fanny kalau malas dan tinggal sorang² di rumah

      Delete
  8. Menarik la sambal penyet abang buat tu..terliur aunty SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap tapi sikit la pulak. Walid pun tak sempat rasa hihi

      Delete
  9. uishh.. terror abang masak.. sambal penyet lagi tuuu.. masak lebih boleh simpan.

    ReplyDelete