Tuesday, 21 October 2025

Kek Deepavali


Mamasab ada promo kek sempena Deepavali. Sementara ada promo ni belilah sebab anak⁴ semua ada di rumah. Seronoklah makan ramai². 

RV ni favorite kami anak beranak. 

Suka sangat gabungan choc dan cream cheese dia tu. Sedap. 

Yang brownies tu kami bagi Aunty. Sajalah bagi Aunty happy sikit. Uncle kan baru meninggal. Sembang² la kejap, sambil bertanya khabar. Tahun ni tak rayalah kata Aunty. Dan Aunty pun kena berkabung sebulan. Tak boleh keluar rumah suka². 

"Habis sebulan ni mau pergi kuil, sembahyang" katanya. 

Genap setahun nanti ada upacara lain pula. Within that period tu Aunty kata takdelah kenduri ke kahwin ke (anak bongsu Aunty masih bujang). 


Masa bersembang tu keluar juga cerita macamana Uncle meninggal. Masuk habuk la mata Ummi, kita ni cepat tersentuh 😌

Semoga baik² saja untuk Aunty. 

17 comments:

  1. Nampak manis ni... tapi sekali sekala ok kan?

    ReplyDelete
  2. Tentu happy Aunty dapat brownies tanda ingatan dari PH.

    ReplyDelete
  3. huu..manisnya, tapi bukan selalu kan?..hehe

    ReplyDelete
  4. teringin nak try.. tapi tak juga beli nyer.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. baru makan last week, ada bday geng opis..memang manissss

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan kek mamasab. Pernah jugak cuba RV dia tu, memang sedap kan cheese ngan choc tu. Uncle India dekat rumah sy pun baru meninggal. Masa dia meninggal tu terus teringat kisah jiran India PH yang meninggal ni. Baru tahu ada jugak berkabung sebulan tak boleh keluar ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada juga baca pasal jiran SK tu.
      Ikut kata Aunty macam tu la...

      Delete
  7. Happy aunty dapat brownies tu.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya PH ingat kat Aunty bagi kek mamasab. Mesti Deepavali kali ni sendu je sebab Uncle dah takde 😢 Sekurang2nya ceria la sikit Aunty dapat kek dari PH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuba menyantuni seadanya sis... Supaya Aunty tak sedih sangat 😌

      Delete
  9. Gabungan coklat dan keju ...memang ngam

    ReplyDelete
  10. Macam tu la hidup berjiran kan..cuma kejiranan SA z best..semua orang muda...cuti panjang je semua xde kat rumah pakat bercuti atau balik kampung...

    ReplyDelete
  11. Akak pun sesekala beli kek mamasab. Suka bila ada promo.

    ReplyDelete
  12. Lama tak membeli kek mamasab ni. Susah jugak nak dapat. Dulu ada agen dari KL balik Lipis pernah la order dari dia.

    ReplyDelete
  13. Penasaran nak rasa cake nya. Apalagi pakai cream cheese ini yg buat saya tertarik. Kalo full coklat memang tak terlalu doyan. Pasti manis sangat biasanya 😅

    ReplyDelete
  14. Macam kita yg dlm eddah jugalah ek. Walaupun family belah ayah ammi Hindu ammi pun tak aware pasal isteri takleh keluar rumah sesuka after the passing of the late husband. Mungkin dulu nenek ammi mmg jenis tak keluar rumah kot

    ReplyDelete