Week 34, ✅
Week 35: 27/8-2/9/2025
RABU Gerko hari ni aktiviti pertandingan masak² antara unit beruniform. Habis segala pan, chopper dan telur (dalam bekas aiskrim) Kakak angkut ke sekolah. Katanya nak masak telur dan sardin macam dia masak masa Mukhayyam Perdana SRAI baru² ni.
KHAMIS Sekolah Angah buat majlis bacaan Yasin sempena Merdeka. Buat awal sebab cuti Merdeka pelajar balik bermalam.
JUMAAT Ummi beli Eskayvie Mindtropic ni untuk Abang. Katanya bagus untuk bantu anak fokus. Kita ikhtiar je la kan..
SABTU Makan kenduri Shahin di Ampang. AHAD cuti Merdeka. Long weekend minggu ni.
ISNIN Anak soleh ni nak 'mengandar nasi' dulu sebelum balik asrama. Abang dah balik awal pagi sebab ada kelas persediaan UTQH. Makan dekat Nas Bistro, sedap di tekak kami.
SELASA Ummi nak resume morning walk yang terhenti beberapa hari sebab long weekend tu. Peah dengki 😅 Dia follow Ummi sampai lorong belakang. Ummi hantar balik rumah toleh² ada di belakang semula. Tangkap, dokong nak bawa balik rumah, sekali terlepas. Kebetulan ada anjing dekat rumah jiran ni, dah kena kejar dengan anjing pulak budak bertuah ni. Syukurlah tuannya ada, tak sempatlah anjing tu buat apa². Peah oh Peah.
Bawa la si Peah tu morning walk sekali, PH. Beli cat stroller. Hehe..
ReplyDeleteEh, sama kita punya chopper, sejibik.
Tak boleh, satgi anak⁴ dia pun nak ikut. Satgi tak jadi morning walk la, asyik dok mengasuh depa 😂
DeleteBrand Mr D kan?
Semangat kakak nak masak sardin semua di angkut. Dia kalau dah pernah masak semangat tu lain macam kan. Long Weekend lah kita setiap minggu. Seronok. Tapi kalau cuti lama brisk walk tu liat sikit nak mulakan kembali. Ada pulak si Peah teman, okaylah tu tak bosan sorang-sorang. hihi...
ReplyDeleteNak flex dekat kawan² yg tak pegi mukhayyam la tu ahaha...
DeleteNnt share review eskayvie tu PH.. bebudak kita ni makin bz kan mcm2 je pgrm di sekolah sampi kita pun ikut terkejar jugak dah
ReplyDeleteIn Sha Allah Kakmim. Tapi fahamlah anak lelaki ni, entah istiqomah ke tidak makan pun tak tau la. Dah la dia dok asrama
DeleteSebenarnya peah tu baik dengan anjing sebelah tu... Dia drama je... hehehe
ReplyDeleteHaha... Mujur tuannya ada, keluar kereta on time. Selamat Peah :)
DeleteSemoga semuanya baik2 aje
ReplyDeleteAamiin 🤲🏻
Deletepeah pn nk join morning walk tu...sedap btul peminat nasi kandar menikmati tu
ReplyDeleteLagi banjir kuahnya, lagi nikmat kot hehe
Deleteamboi kakak... nasib baik tak dibawa sama periuk belanga hehehe
ReplyDeleteHaha...
DeleteHey Peah....amboiii...bukan main dia ye...kan dah jumpa anjing...SA semalam dah briskwalk lama kat Pekan sehari temerloh...hahaha...penat sampai hari ni x hilang
ReplyDeleteBrisk walk dlm Pekan Sehari tu tak terasa penat kan, enjoy ja sepanjang berjalan tu tengok macam² jualan 😍
DeletePeah pun nak ikut ambik angin Ummi... belilah harness & leash for cat. mana tau dia pun sama2 slim nanti
ReplyDeleteDia dah selim melim dah Ammi ooi... Umminya ni yang tak tau la bila nak slim balik 🤭
DeleteIris pun makan Mindtropic tu...
ReplyDeleteOk tak MA? Kitorg baru nak try
Deletecute jer peah hehehe sama warna mcm my kucing angkat kat uia tu
ReplyDeleteAah baru perasan la MZ 😁
DeletePeah takleh BW sama tuannya... karang dia plak yang terlebih selim melim.
ReplyDeleteDia dah selim Kak, tak aci hahaha 😂
DeleteIsssh rindu saya makan nasi kandar 😍😍😁. Nak puas2 makan ini nanti di KL.
ReplyDeleteKasiannya peah, dikejar anjing pula. Untung ada si owner doggy kan 😅
Bila mau datang tu Fanny?
DeleteYes, on time owner-nya balik. Syukur
adik tu lapar..makan hati2 ya..gembira nampak generasi muda dalam gambar..hati2 selalu ya walau ke mana..
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas peringatan Cg 👍🏻
Delete