Saturday, 13 September 2025

Order Burger tapi...

Tauke Burger dekat area kami ni buat promo 3 biji burger RM10. Selalunya hari Jumaat depa biay promo ni. Berkongsi rezeki katanya 👍🏻

Malam² kalau terasa lapar atau pun rasa nak makan burger kami memang order je dengan depa ni. Nanti depa hantar, free delivery je area rumah kami ni. Harga marhaen tapi sedap dan mengenyangkan la burger-nya. Kadang malas masak Ummi order je burger ni. Kira regular customer depa la. 

Bila nampak promo ni, Walid suruh Ummi order. Nampak 3 biji burger RM10 laju la Ummi pun PM owner

Kalut punya pasal 😂
Mujurlah dah biasa dengan depa, takdelah malu sangat haha... 

Sambil² tu Ummi promote la offer ni, ada pulak yang terjebak juga :D 


Sedap kan? 




11 comments:

  1. Rugi tak grab bila ada promo. Hehe, nasib baik regular customer. So, dah tahu kehendak. 🤭

    ReplyDelete
  2. Ingatkan gurau taip taknak burger 😆. Mujur penjual tu faham je.

    ReplyDelete
  3. Seronok kalau ada offer Gini..Hihihi..lagi² tinggal tunggu je kat rumah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki, Jumaat rezeki memberi pahala berganda2 tu

    ReplyDelete
  5. Untung sangat ni, harga promo dapat 3 biji lepas tu free delivery lagi. Rugi kalau tak beli ni. Bagusnya penjual, semoga bertambah-tambah rezeki dia. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Kalau burger tak nak daging memang untung orang burger tu bagi roti je. Hehe. Nasib baik dia tahu tak nak sayur ya....murah tu RM10 untuk 3?

    ReplyDelete
  7. Kalau saya order burger untuk anak-anak pun sama juga, order burger tak nak sayur. Penyelamat, burger ni, bila makanan di rumah habis.

    ReplyDelete
  8. Mujur penjual dah biasa dengan skrip.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya buat promo buy 3 camni! Rasa jarang kedai burger tepi jalan buat2 promo. Pelanggan tetap je yg tau ni 😁

    ReplyDelete
  10. wah pertama kali dengar burger tepi jalan buat promo macam ni. Tapi kadang burger tepi jalan lagi sedap dari yang ada nama. Dah le murah pulak tu.

    ReplyDelete
  11. murah laaa regenya tu! yg penting sedappp

    ReplyDelete