Friday, 25 July 2025

Morning Walk 25.7

Alhamdulillah masih diberi nikmat berpagi-pagian menikmati indahnya alam. 

Cantikkan bunga kacang mungai ni... Kalau perasan ada lebah dekat bunga tu. Once in a blue moon dapat snap gambar gini sebab selalu lebahnya terbang belum sempat capture gambar. 

Tapi bila dongak ke langit, jerebu teruk! 
Sebab dah melangkah keluar rumah, teruskan saja langkah. Ikutkan Ummi nak try new route tapi sebab ada janji dengan seseorang pukul 8 jadi habis satu pusingan biasa, balik rumah kejap. 

Singgah gerai lontong semalam. 
Beli nasi lemak pulak hari ni dan pulut kuning. 
Beli juga kuih Seri Muka Durian dan Talam Keladi. 

Sabtu Ahad off la morning walk ni, pelbagai agenda menanti 💪🏻

17 comments:

  1. Dapat 1 pusingan pun dah ok tu. Jarang2 dapat morning walk. Kadang2 malas. Hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Akk pun... Lama stop nak mula balik ni pun puas jugaklah haha

      Delete
  2. Ni first time dengar nama bunga tu PH. Dia keluar sejambak sejambak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kacang munggai yg buat sayur tu Ezna... Nama lain kelor atau merunggai. Tapi bunganya cantik kan

      Delete
    2. Ya sangat setuju....bunga dia lawa la.

      Delete
  3. bahaya jerebu kalau pagi pagi nak gi kerja.....risau je kekadang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai la Taufik. Kalau naik motor lagilah macam² asap nak disedut 🫣

      Delete
  4. Aaa.. nampak lebah tu. Dia saja tu posing nak bagi chance kat PH, heheheh. Wahhh.. rajin PH morning walk sekarang, sorang-sorang atau berteman tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Dia tau kita nak ambik gambar dia :D
      Sorang² je SK, senang nak menyambil hehe

      Delete
  5. Kadang rasa pedih kering mata bila berada di luar dengan keadaan jerebu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak ... Hidung dan tekak pun tak selesa kan

      Delete
  6. Semoga hujan cepat datang , utk menghapus asap2 ini yaaa. Sumatera pun parah. Jawa juga, tp masih parah sumatera. Makanya saya selalu olahraga indoor skr ini

    ReplyDelete
  7. Agak berjerebu masa ni, bahang haba panas juga terasa..banyakkan minum air kita semua

    ReplyDelete
  8. nak briskwalk pun rasa tak best kan sebab berjerebu je..
    tapi sekarang macam dah kurang sikit kot? dah tak bau asap2 sangat

    ReplyDelete
  9. tengok jerebu teruk, macam kena beli walking pad je ni 😅

    ReplyDelete
  10. SA minggu ni x dapat buat apa2 sebab tak sihat..demam plak..

    ReplyDelete
  11. Pucuk murungai tu sedap campur dalam telur dadar.
    Kakak ajar masak gitu.

    ReplyDelete