Tuesday, 1 July 2025

Kain Batik utk Cikgu

Ahad malam dapat info cikgu kesayangan ramai di SRAI, Cg Hamidah dapat arahan pertukaran. CH dah 15 tahun mengajar di SRAI. Abang, Angah dan Kakak berpeluang belajar dengan CH. Adik tak sempat tapi CH kenal Adik juga. 

Tb gambar Abang dan CH serta Cg Fasiha yang pernah jadi guru kelas Abg darjah 6 dulu. Bila share gambar ni semula dengan cikgu² berdua, masing² teringat zaman COVID dulu.  

Satu perkara yang paling diingati oleh anak² murid dan parents juga ialah CH ni tukang asah pensil khat sekolah :) Nak beli pensil khat memang beli dengan CH. Time exam besar macam UPKK dan PSRA, CH akan bertungkus-lumus asah pensil khat utk setiap calon. Kalau batch tu 100 orang, 100 batang pensillah CH asah! 

Tak tahulah siapa akan ganti CH sebab beliau cikgu pakar subjek Jawi, Imlak & Khat di SRAI sekarang. Bukan rezeki anak² PSRA tahun ni nak terus bersama dgn CH :( 

Tak sempat nak beli apa² sebab cikgu maklumkan pun dah malam jadi Ummi hanya hadiahkan kain batik untuk CH sebagai tanda kenangan. Kebetulan agaknya, masa Cg Fasiha pindah dulu pun Ummi hadiahkan kain batik juga. 

Ummi pun sedih sebab ramai cikgu² berpengalaman bertukar sekolah. Tapi dalam masa yang sama tumpang gembira untuk mereka sebab cikgu² senior ni kebanyakannya dapat kenaikan pangkat, sesuailah dengan tempoh perkhidmatan mereka. Sekolah baru CH ni pun lebih dekat dengan tempat tinggalnya, kira² separuh perjalanan juga. Rezeki cikgu, alhamdulillah.. 

Selamat maju jaya utk CH 🌹

11 comments:

  1. Semoga CH terus majujaya di sekolah baru. Cikgu yang baik dan ikhlas ramai yg sayang.

    ReplyDelete
  2. CH saje maklumkan lewat sebab takut ada yang nak belikan hadiah tak....tapi maklumkan lewat pun dapat hadiah juga CH kan. Mesti cikgu yang disenangi ni.

    ReplyDelete
  3. Semoga CH terus maju jaya di sekolah baru...dapat menabur bakti di sekolah baru pula

    ReplyDelete
  4. Moga CH terus maju dandapat curahkan ilmu buat anak bangsa

    ReplyDelete
  5. Mesti CH akan dirindui ramai pelajar. Rindu pulak kita nak menulis khat bila cakap pasal khat. Alhamdulillah dapat juga bagi sesuatu sebagai kenangan untuk CH.

    ReplyDelete
  6. wahhh bagus ni......jarang jarang tau zaman sekarang nak bagi hadiah macam ni

    ReplyDelete
  7. Takpe... pindah2 / hijrah tu ada baiknya

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak nampak pensel khat ni, dulu kami beli kat kedai je. Skrg tktau ada jual lagi ke tak. Power cikgu asah sendiri je!

    Semoga cikgu baik2 saja di tempat baru. Lama dia mengajar sini ye 15 tahun

    ReplyDelete
  9. seronok cikgu hamidah dpt kain batik tu..slamat mengajar di tmpt baru

    ReplyDelete
  10. Cantik kain batik cikgu dapat...semoga maju jaya cikgu CH

    ReplyDelete
  11. Mee digoreng cukup rasa, ada pedas manja sikit, lepastu letak telur mata dengan kuning yang masih cair

    ReplyDelete