Lama dok menahan diri dari beli durian sebab badan kurang sihat dan batuk yang masih ada akhirnya tewas juga bila mana nampak durian cantik² di Paya Jaras Sg Buloh masa otw ke kenduri aqiqah Baby Afeeya Sabtu lepas.
Lagipun Abang Angah ada di rumah. The more the merrier.
Dekat rumah kami jual ikut kilo, RM12-15 sekilo. Yang ni longgok 3 biji RM50. Pelanggan pun 1 Malaysia ya... Meriah sebab buah banyak dan pelbagai variety.
Buah pertama ni kami makan begitu je. Berebut² Angah dan Kakak. Adik tak makan, dia geng Walid, bukan penggemar durian. Lega hahaha... Abang makan juga tapi dia lagi suka makan dengan pulut ππ»
Buah yang kedua makan dengan pulut tanak & santan. Wajiblah masak pulut kalau ada durian. Isi kecik² je durian kampung kan, 7 ulas Ummi bantai π«£
Buah yang ketiga Ummi buat kuah durian. Tangan Angah tu, dia acah je masukkan durian dlm periuk tu padahal dia nak ngap yang mentah tu hehe...
Alhamdulillah puashati sebab buah semua elok dan rasanya memang sedap.
Durian kampung lagi sedap. Durian musing king tu siapa makan ramai dah kena selsema, batuk, demam. Termasuk la husb Cie dah masuk minggu kedua selsema lagi.
ReplyDeleteAkk tak leh MK, pening bila makan. Berlemak & manis sangat kot
DeleteFuhhhh sedap nya durian..... Cuma bila makan banyak jadi panas....
ReplyDeleteAkk okay alhamdulillah takde panas badan. Cuma beringat jugalah sbb dah makin remaja ni, kena control makan minum apa² pun
DeleteUihhhh! Bau aromanya sampai sini...!
ReplyDeleteCepat² grab Uncle, tengah lebat ni :D
DeletePanas badan tak PH makan 7 ulas tu?....tak makan durian lagi ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah tak Ezna hehe ...so far badan PH okay dgn durian :D cuma masa tak sihat tu tak berani makan durian sbb makan PCM. Arwah mak cakap kalau makan ubat jgn makan durian. Takut ada side effects.
Deletesedapnyaa buat serawa...
ReplyDeleteWahhh.. elok semuanya tu. Puas hati makan. Pandai Abang makan durian dengan pulut ya. Ni mesti dari kecik dah biasa ajar makan.
ReplyDeleteAkak kat rumah berdua je dengan Kak Widad makan durian. Yang lain tu tak heran.
alhamdulillah.. dapat jugak merasa durian 3 ulas kali ni.. sebelum start makan ubat kencing manis.. jadi la buat raso-raso.. ^^
ReplyDeleteHara durian musim kali ini memang mampu milik
ReplyDeleteAmmi kalau duriaj makan gitu je. Malas benarnya nak di”apa-apa”kan durian tu
ReplyDeletesedapnya.. sana musim durian dh ke? ri tu nmpk ammi update pasal kebun durian
ReplyDeletei lom mkn lg durian utk season ni..teringin musang king laaaa
ReplyDeletewaled Pia dah berapa kali ajak makan durian,tapi saya belum berani nak makan risau demam semula,badan pun lemah lagi..tengok PH makan rasa teringin plk
ReplyDeletewaahh! ana pun peminat setia durian kampung compared to others.. almaklumlah tekak org kmpungg mcm ana ni mmg pilih jenis kampung2 je ehehe
ReplyDeleteya Allah, bertahan ya dengan 3 buah tu boleh buat macam2.. kitrog anak berank kalau 3 buah tu...celah gigi je kak...enak dimakan begitu saja... hahaha..
ReplyDeletetak cukup kalau 3 buah...sebab tu, kami tak boleh beli buah durian untuk rasa2..hihihi...
SA pun ada beli durian..15biji RM100, beli longgok gak durian kampung, ada yang boleh makan dan ada yang dah buat tempoyak..dapat la sebalang tempoyak baru..ni nak beli lagi sebiji 2 untuk buat serawa, suami SA teringin..bukan SA...SA x suka durian yang dah diolah jadi masakan atau manisan..suka makan yang mentah
ReplyDeletetuuu diaaaa smpi 7 ulas! kenapa x ckp kan 10? boleh geng dgn sy hahahaha
ReplyDeleteHihi..kalah sudah dengan durian. Murah juga tu. Berbaloilah membeli isi elok. Aduh sedapnya durian makan dengan pulut santan. Favourite tu kalau mak buat. Berselera makan. Untunglah dapat makan lebih ada yang tak suka makan.
ReplyDeleteMemang teringiiiin kan jadinyaaa πππππ. Saya pun kalo makan durian, lebih suka pakai pulut kak. Memang sedaaap. Sayangnya kalo di rumah saya, semua orang suka durian. Jadi kami pasti berebut π€£π€£
ReplyDeleteMusim durian sekarang .. CCL suka makan durian sahaja ..kalau makan dengan pulut santan tu kurang sikit ..tapi sesekali teringin tu makan juga la
ReplyDelete