Tuesday, 3 June 2025

Macam² Hal @ 2 Jun

Cuti umum sempena Keputeraan YDPA, kami tak ke mana-mana. Operasi mengemas rumah selepas pasang wardrobe bilik anak² masih diteruskan. 

Bila dah mengemas, banyaklah barang yang nak dilupuskan. Mana yang boleh dikitar semula, bawa ke Rise@KL. Balik dari situlah Walid perasan 1 dari 4 skru tayar belakang kereta Ummi penutupnya takde. 

Ini kalau tak perasan, tengah² bawa tayar tercabut ke, masuk lopak ke rim bengkok ke apa ke naya la kan. Sori, bab keselamatan ni Ummi overthinking ๐Ÿ™๐Ÿป

Terus ke bengkel Tauke Leong, syukur buka hari ni. 

Aiya macamana boleh hilang satu? Sapa curi? 

Kami pun tertanya² juga sebab nak buka penutup skru tu kena pakai screw driver yang bulat tu kan... Macam nak buka tayar kalau pancit tu, bukan mudah sebab skru tayar ni ketat. Even kalau kita tukar tayar pun, selalu tengok orang pijak² dengan kaki untuk ketatkan skrunya tu kan. For sure bukan kerja budak² ni sebab perlukan alat khas, tenaga dan masa nak bukak skru ni ... Malas nak panjang cerita, biarlah Allah balas sapa² yang buat kerja ni. 

TL suggest pakai skru camni pulak. Sebab skru jenis ni orang tak boleh simply buka. 

Tayar belakang ni pun dah lama, jadi tukar sekali. Dah ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ duit >500 termasuk buat sekali balancing & alignment. Hikmahnya bila benda ni jadi, dapatlah tayar baru :D Tahun 2020 rupanya tayar belakang ni. 

Lepas tu terpandang pulak pokok Durian Belanda ni. Buah yang Ummi dok tunggu masa nak petik, dah tinggal tangkai! Nak kata burung @ tupai biasanya depa tebuk buah, bukan ragut gini. Mungkin monyet, sebab minggu lepas ada budak² nampak monyet dekat kebun Cik Leha. Belum rezeki Ummi :( 

Tengahari tu juga ada jiran maklumkan ada ular dalam rumah dia. Minta tolong jiran² bukakan gate belakang ni sebab JPAM nak masuk. Jiran tu kat luar kawasan, bibiknya yang nampak ular ni. Ummi pun tolonglah buka gate tu dgn Cik Leha. Tengok² van JPAM lalu je sebelah kami, tak berhenti pun. Rupanya JPAM dah masuk rumah jiran tu, tak jumpa ular. Depa balik je tak cari dalam longkang ke apa pun. Mudah-mudahan kami semua dilindungi-Nya. 

Nun di BSP, Mommy Zya hosted a ladies gathering dekat homestay dia. Ummi tak pergilah sebab rancangnya nak ziarah GB, re-admitted to hospital lepas accident sebelum Hari Guru tempohari. Tapi sebab urusan kereta Ummi ๐Ÿ‘†๐Ÿป terpaksa tangguh niat nak ziarah GB. Lama juga Walid melangut di bengkel TL sebab banyak kereta lain depa nak service/repair . 

Walaupun begitu, banyak kerja dapat diselesaikan bila tak kemana-mana ni kan...

Tukang pukul ๐Ÿ’ช๐Ÿป
Selesai almari lama depa dua robohkan. 
Lega mata Ummi tengok bilik depa dah lapang. 

Walid belanja pizza as a token of appreciation ๐Ÿซฐ๐Ÿป





15 comments:

  1. Kalau dok rumah tu, ada je kerja nak buat..
    Semoga yang baik2 je...
    Lama juga umur tayar tu...

    ReplyDelete
  2. Minggu lepas patut SA pun mengemas, .dh janji nak buang apa yg patut dibuang..sekali Acu plak bersalin..terus terbengkalai..cuti raya haji la nampaknya

    ReplyDelete
  3. Sedar tak sedar, aktif juga aktiviti bila punya hujung minggu panjang ni kan PH. Alhamdulillah selesai semuanya. Bahaya jugak tayar tu…memang risau dan boleh overthinking. Nasib cepat perasan.

    Haaa Takot bila tahu ada something sedang berkeliaran di kawasan kita diam. ๐Ÿ˜ฐ

    semoga baik2 saja dan dilindungi dari binatang yang berbahaya buat semua kejiranan PH.

    ReplyDelete
  4. alamak 1 skru penutup tayar hilang? hurmmm musykil pulak kan? alamak JPAM tak jumpa pulak ular tu ye, moga dilindungi lah semuanya ghisauuuuuu pulak hehe

    ReplyDelete
  5. Mungkin rezeki haiwan makan durian belanda. Nanti ada lah tu giliran tuan pokok pulak.

    ReplyDelete
  6. Cie dulu pernah rim kereta kenari hilang juga orang curi skru tu. Ada harga kot sebab tu curi.

    ReplyDelete
  7. Takpe overthinking dalam bab keselamatan ni.... sepatutnya begitu

    ReplyDelete
  8. Banyak pulak halnya di hari cuti ya. Baru nak relaks².

    ReplyDelete
  9. Sedap pizzanya. Selera la makan lepas buat kerja....

    ReplyDelete
  10. Mengemas betul-betul, lega sikit dapat mengurangkan ruang. Mana yang dah rosak tak guna tu buang atau boleh kitar semula. Bab safety kena nombor 1. Sebelum apa-apa baik kita buat apa yang perlu.

    ReplyDelete
  11. Pizza tu, drooling pulak tengoknya sebab lama tak makan.

    ReplyDelete
  12. Aiiiih siapalah punya kerja tuh. Tp pelik juga dia ambil cuma 1. Kalau memang maling biasa ambil semua.

    Tak rezeki makan sirsak /durian Belanda ya kak. Dulu masa kecil saya tak suka buah itu. Ada di kebun saya . Tp ntah kenapa saat dewasa selera berubah ๐Ÿ˜„. Jadi suka . Biasa di jus

    ReplyDelete
  13. Kat rumah ni cuti sekolah sibuk membega langsir. Basuh kain lipat kain yg tak sudah2

    ReplyDelete
  14. lerrr... sapa plak yang bawa lari durian belanda ummi.. lepas ni kena monitor betul².
    Puas hati tu dapat makeover bilik anak²

    ReplyDelete